Kisah Penculikan Dan Pembunuhan Canny Ong Pada Tahun 2003-Pt 1

Trending

Kisah Penculikan Dan Pembunuhan Canny Ong Pada Tahun 2003-Pt 1

Bahagian 1 | Bahagian 2 | Bahagian 3 | Bahagian 4

Pada tahun 1995, Canny Ong Lay Kian telah meninggalkan Malaysia untuk melanjutkan pelajaran dan bekerja sebagai seorang penganalisis teknologi maklumat yang berjaya. Canny kemudiannya telah berkahwin dengan seorang lelaki warga Amerika Syarikat, Brendan Ong. Pasangan itu hidup bahagia.

Advertisement

Namun pada tahun 2003, bapa Canny, Ong Bee Jeng, didiagnosis menghidap kanser. Ibu Canny, Pearley Viswanathan, masih ingat memberitahu Canny tentang berita sedih itu melalui telefon:

Sebaik saja mendengar tentang berita itu Canny melayari Internet untuk mengetahui tentang kanser yang dihidapi oleh bapanya.

vlcsnap-2016-09-25-16h58m32s919Canny yang merupakan anak sulung keluarga, ketika itu berusia 28 tahun merasa terkejut dengan apa yang diketahuinya melalui Internet. Dia dengan serta-merta membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia bagi membantu keluarganya menghadapi masa sukar tersebut. Baginya, keluarga perlu diutamakan. Dia memberitahu Pearley:

Mak, ayah menghidap kanser yang jarang ditemui. Saya mesti pulang. Saya mesti pulang.

vlcsnap-2016-09-25-16h56m40s553Apabila sampai ke Malaysia, dia terus ke hospital untuk melawat bapanya. Di Kuala Lumpur, Canny menghabiskan masa menjaga bapanya itu. Hanya selepas bapanya berjaya menjalani pembedahan penting dan dia merasakan bapanya semakin sembuh, baru Canny membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan suaminya di AS.

vlcsnap-2016-09-25-17h19m48s558Malam sebelum hari dia akan berangkat pulang ke AS, Canny beserta ibunya bercadang mengadakan satu keraian tanda perpisahan dengan para sahabatnya di sebuah restoran di Bangsar Shopping Centre (BSC). Menurut Noreen Natasha, sahabat baik Canny:

Canny sangat teruja mengumpulkan semua orang untuk majlis makan malam perpisahan itu. Hari sebelum majlis itu dia tanya sama ada saya boleh tolong uruskan majlis itu untuknya dan saya katakan: ya, tiada masalah.

Pada majlis itu Canny dan ahli keluarganya sampai lambat dan meletak kereta di parkir BSC. Pada masa itu Pearley merasakan yang lokasi parkir itu agak gelap dan ada memberitahu tentang kebimbangannya tentang keadaan parkir itu kepada Canny.

vlcsnap-2016-09-25-17h02m19s630Tetapi kerana mereka sudah terlambat sampai, Canny, adik perempuannya Elsie dan Pearley bergegas untuk ke restoran tersebut. Namun dalam perjalanan, Canny memberitahu Pearley yang dia terlupa mengambil tiket parkir yang terletak dalam kereta. Pada mulanya Canny bercadang mengambil tiket tersebut waktu itu namun bertukar fikiran.

Tak apalah, biar saya ambil tiket itu selepas majlis.

Canny, yang merupakan wanita kacukan bangsa Cina dan India mempunyai banyak sebab untuk merasa gembira pada majlis itu. Bapanya semakin sembuh dan dia juga gembira kerana akhirnya akan bertemu semula dengan suaminya Brendan. Menurut Noreen Natasya:

Saya lihat Canny dan tahu yang dia sedang berada pada saat paling gembira dalam hidupnya kerana dia kelihatan sangat bahagia, yakin diri dan sangat puas hati dengan hidupnya.

Canny sudah lama tidak bertemu dengan rakan-rakannya dan mahu menjadikan majlis itu paling seronok bersama para sahabatnya. Tapi dia perasan yang ibunya kelihatan semakin letih, jadi Canny membuat keputusan untuk menghantar ibunya untuk berehat di rumah kemudian kembali ke majlis tersebut. Dia memberitahu Noreen:

Awak tunggu saya di sini, Noreen. Biar saya hantar ibu saya pulang kemudian saya akan kembali ke sini. Dan saya akan naik kereta awak untuk ke rumah kawan-kawan kita yang lain.

Sewaktu berbaris di mesin bayaran tiket parkir bersama Elsie dan Pearley, Canny teringat bahawa tiket parkirnya tertinggal dalam kereta. Canny memberitahu Pearley yang dia akan ke kereta sebentar untuk mengambil tiket tersebut. Sebelum sempat Pearley mengatakan apa-apa, Canny sudah pun pergi ke tempat letak keretanya. Kata Pearley:

Saya tak dapat temankan dia sebab kaki saya rasa sakit.

Jarak dari mesin bayaran ke kereta Canny tidak jauh tetapi selepas 20 minit, kelibat Canny langsung tidak kelihatan. Risau, Elsie menghubungi telefon bimbit kakaknya, tetapi tiada jawapan. Elsie memberitahu semua panggilan masuk ke peti pesanan suara. Pearley mula berasa panik.

Pearley dan Elsie bergegas ke kereta Canny, namun kereta mereka yang merupakan kereta Proton Tiara telah hilang dari situ. Canny juga langsung tidak kelihatan. Tertekan, Pearley dan Elsie kembali ke restoran dan memberitahu sahabat-sahabat Canny yang Canny telah hilang. Semua sahabat Canny cuba untuk menghubungi telefon bimbitnya namun semua panggilan tersebut masih masuk ke peti simpanan suara. Noreen Natasya mengimbas kembali:

Sukar dipercayai yang Canny akan hilang begitu saja, terutamanya apabila ibunya sedang menunggu dia. Jadi saya cuba hubungi dia sekali lagi. Panggilan itu berdering tetapi telefon itu kemudiannya dimatikan. Pada masa itu saya sudah merasa risau.

Pearley menyedari yang terdapat banyak kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di sekitar tempat letak kereta itu. Dia kemudiannya meminta bantuan pengawal keselamatan, berharap mereka mengetahui apa yang telah berlaku pada Canny. Kata Pearley:

Kami beritahu yang kereta itu telah hilang. Canny juga telah hilang. Saya tanya sama ada kami boleh tengok rakaman CCTV. Pengawal beritahu kami kena tunggu hingga tengah malam untuk lihat CCTV.

Sebelum tengah malam, pengawal keselamatan membenarkan mereka melihat rakaman CCTV tersebut. Apa yang mengejutkan, kereta Canny dilihat memecut dan melanggar penghadang keluar.

vlcsnap-2016-09-25-17h42m51s224vlcsnap-2016-09-25-17h43m20s511Di tempat letak pemandu, kelihatan seorang lelaki kelibatnya kurang jelas, dan seorang wanita dilihat mengecilkan badan ketakutan di sebelah lelaki itu. Apabila Pearley dan Noreen Natasya melihat keadaan itu, ketakutan mereka mula berganda:

Apabila melihatnya saya rasa sesuatu yang sangat menakutkan telah berlaku dan pada masa yang sama saya sukar mempercayainya.

Hati Pearley hancur melihat rakaman itu, lantas dia terus membuat laporan polis berkenaan kehilangan dan kemungkinan penculikan Canny.

Pearley dan Noreen Natasya tidak mahu berdiam diri. Mereka menghabiskan malam itu memandu di sekitar Kuala Lumpur dengan harapan menemui Canny mahupun keretanya. Pada masa yang sama suami Canny, Brendan, juga cuba menghubungi Canny melalui telefon. Noreen terpaksa memberitahu suami Canny tentang apa yang sebenarnya telah berlaku. Dia memberitahu:

Saya terpaksa menerangkan kepada Brendan beberapa kali tentang kehilangan Canny kerana dia tidak faham bagaimana itu semua boleh berlaku. Saya cuba bertenang untuknya, pada masa yang sama saya berada dalam keadaan yang cukup panik.

Pencarian mereka tidak membuahkan hasil. Pada pukul 4.00 pagi, Pearley dan Noreen berada dalam keadaan keletihan dan bimbang, terpaksa pulang ke rumah masing-masing dengan tangan kosong. Kata Pearley:

Sepanjang malam saya menunggu. Saya tak dapat tidur dan rasa sungguh sejuk.

72 jam berlalu, dan langsung tiada sebarang berita mengenai Canny. Kecewa, Pearley dan suaminya mendapatkan khidmat media melalui parti politik MCA. Mereka membuat rayuan umum kepada penculik Canny untuk memulangkan wanita itu dengan selamat kepada keluarga dan suaminya.

Hari berlalu dan penculik Canny masih tidak menghubungi mereka untuk meminta wang tebusan, dan keluarga Canny mula memikirkan sesuatu yang paling buruk telah berlaku. Suami Canny, Brendan, berdebar-debar mengikuti perkembangan terbaru mengenai Canny 14,000 km jauhnya di San Diego, California. Pearley mengimbas perbualan dengan menantunya itu:

Tiap kali dia telefon dia akan tanya, “emak, mereka dah jumpa Canny?” Saya beritahu dia, tidak, dan dia akan menjerit. Saya minta dia supaya tidak menjerit tetapi dia kata “bagaimana saya tak jerit, dia isteri saya.”

Pada masa ini, pihak media dan orang awam mula mengikuti perkembangan kes penculikan tersebut. Ramai yang turut merasakan kebimbangan yang sama mengenai nasib Canny. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Petaling Jaya pada waktu itu, Abu Bakar Mustafa:

Kerana ia menarik perhatian ramai, maka sewajarnya ada perasaan ‘tekanan’ pada pihak polis yang menjalankan tugas.

vlcsnap-2016-09-25-18h20m13s156Kemudian, polis berdepan penemuan yang mengejutkan, apabila menemukan kereta Canny. Kata Pearley yang merupakan pemilik kereta itu:

Apabila polis beritahu telah menemui kereta itu (tanpa Canny) saya tahu sesuatu yang buruk telah berlaku.

vlcsnap-2016-09-25-18h23m36s485Polis mendapati salah satu tayar kereta itu pecah dan terdapat tompokan darah pada tempat duduk belakang kereta itu.-amazingnara.com

Sumber: CI Asia: The Murder Investigation of Canny Ong

Bahagian 1 | Bahagian 2 | Bahagian 3 | Bahagian 4

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...