Kisah Pembunuhan Kanak-kanak Dua Tahun, James Bulger Di Britain Pada 1993-Pt 3

Trending

Kisah Pembunuhan Kanak-kanak Dua Tahun, James Bulger Di Britain Pada 1993-Pt 3

Bahagian 1 | Bahagian 2 | Bahagian 3 | Bahagian 4 | Bahagian 5 | Bahagian 6
Perjalanan semua keretapi di landasan tempat James ditemui kemudiannya dihentikan buat sementara. Pasukan detektif yang diketuai oleh Albert Kirby memeriksa di sepanjang landasan. Orang ramai dan wartawan dilarang dari mendekati kawasan itu.

Badan James yang putus dua berada pada jarak yang agak jauh antara satu sama lain semasa ditemui. Seolah-olah terdapat dua lokasi kejadian jenayah, seolah-olah ada dua mayat untuk disiasat.

Advertisement

Bahagian badan atas James kelihatan seperti pakaian yang bergumpal manakala bahagian bawah pula bogel. Polis menyimpulkan bahawa James telah dibaringkan melintang atas rel, dengan bahagian atas badan diletakkan pada bahagian dalam landasan.

Bahagian kepala James telah ditutup dengan batu-bata, tetapi rempuhan keretapi telah menyelerakkan batu-bata itu. Bahagian bawah badan telah dibawa jauh ke hadapan akibat digilis.
4

Pakaian James pada bahagian bawah badan telah ditanggalkan dan diletakkan berdekatan kepalanya. Seluar dalam James basah dengan darah.

Berdekatan lokasi itu, polis menemui batang besi yang berat sepanjang dua kaki dengan kesan darah. Turut ditemui batu-bata yang berlumuran darah.

Polis juga menemui tiga butir bateri AA berdekatan mayat James. Penemuan bateri ini menarik minat detektif terutamanya mengenai kedudukannya sebelum James digilis keretapi. Setin cat biru ditemui berdekatan mayat.

James telah dipukul dengan teruk di bahagian kepala dan leher. Terdapat keretakan pada tempurung kepala, luka, lebam akibat dipukul dengan objek tumpul yang berat dan terdapat kesan lebam pada wajahnya yang kelihatan seperti kesan tapak kasut.

Walaupun tiada bukti kukuh bahawa serangan seksual telah berlaku, pakar forensik percaya bahawa kecederaan yang dialami oleh James di bahagian bawah pinggang mencurigakan dan berunsur seksual.

Walaupun mereka semua sangat berpengalaman dan telah melihat pelbagai kes jenayah, para detektif yang melihat mayat James tetap merasa terkejut. Bertahun kemudian, Detektif Kirby mengaku kes James sangat tragis:

Anda boleh masuk ke mod profesional ketika bertugas, tetapi anda takkan lupakan apa yang dilihat.

James sudah diculik dan dibunuh, itu memang teruk. Tetapi keadaan James dipukul itu ganas dan sukar difahami. Walaupun fakta badan James terputus dua akibat digilis keretapi itu diketahui orang ramai (kanak-kanak yang menemui mayat James sudah ditemubual oleh wartawan), polis membuat keputusan untuk merahsiakan tahap kecederaan James dari pengetahuan umum waktu itu.
1

Denise Bulger berada di balai polis sejak kehilangan anak lelakinya, namun dapat merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku. Tiba-tiba petang Ahad itu, balai polis menjadi hingar-bingar dan ramai pegawai bergegas keluar. Apabila mendengar satu mayat telah ditemui, Denise menjadi sangat tertekan. Tiada apa yang boleh dilakukannya, hanya menunggu dengan tenang walaupun dalam hatinya, dia ingin menjerit.

Polis kemudiannya mengesahkan telah menemui James.

Beberapa orang telah membuat satu memorial berdekatan lokasi mayat James ditemui untuk menunjukkan kesedihan mereka. Seperti orang lain, Robert membawa sekuntum bunga ros ke lokasi pembunuhan James, kononnya menangisi pemergian bayi itu.

Di memorial itu, ramai orang meletakkan bunga ros. Robert perasan yang krew televiyen membuat rakaman individu yang menghantar bunga ke landasan. Dia kemudiannya berhujah, jika dia bunuh James, mengapa pula dia hantar sekuntum ros merah ke situ?

Di rumahnya, Jon menunjukan minat yang mendalam terhadap cerita kehilangan James. Dia bertanya ibunya jika kanak-kanak lelaki yang menculik James telah ditemui.

Pada Ahad, ibunya memberitahu yang mayat James telah ditemui di landasan keretapi. Jon  menyuarakan keprihatinannya terhadap perasaan ibu James pada waktu itu.

Neil, bapa Jon, bertanya padanya tentang cat biru yang terpalit pada lengan kemejanya. Jon berkata Robert yang melempar cat itu ke arahnya.

Apabila laporan berita menyatakan cat biru ditemui berdekatan mayat James, ibu bapa Jon masih tidak mengesyaki anak mereka, walaupun mereka tahu Jon ponteng sekolah dan memakai jaket warna mustard yang sama dengan budak lelaki dalam video pada hari kejadian.

Apa yang lebih menimbulkan kemarahan di samping kekejaman pembunuhan James ialah proses pencarian suspek yang masih kanak-kanak lelaki. Bagaimana untuk mencari pembunuhnya?

Polis telah memeriksa senarai kanak-kanak lelaki yang ponteng sekolah pada hari kejadian dan mengadakan sidang media untuk mencari lebih ramai saksi. Sidang media juga diharap dapat menenangkan orang awam yang gelisah dengan apa yang berlaku.

Dalam masa semalaman, suspek-suspek pembunuhan James diburu di Merseyside. Ramai orang membuat laporan dan menuding jari kepada ramai kanak-kanak jahat. Terdapat ibu bapa yang melaporkan anak mereka sendiri sebagai suspek.
5

Apabila polis menahan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang disyaki, orang ramai yang berang telah menyerang rumah kanak-kanak itu dan memecahkan cermin tingkap. Keluarga kanak-kanak itu terpaksa dipindahkan, namun kanak-kanak itu dilepaskan kerana dia didapati bukan pembunuh James.

Seorang ibu mengesyaki anaknya

Seorang wanita yang enggan dikenali menelefon polis, memberitahu yang rakannya, Susan Venables, mempunyai anak lelaki bernama Jon yang telah ponteng sekolah pada hari kejadian. Wanita itu memberitahu terdapat kesan cat biru pada lengan kot yang dipakai oleh Jon yang menyerupai kanak-kanak lelaki dalam video.
2

Dia turut memberitahu Jon mempunyai seorang rakan bernama Robert Thompson yang juga ponteng pada hari kejadian. Disebabkan tiada maklumat kukuh lain, detektif memutuskan bahawa Jon dan Robert perlu dibawa ke balai untuk disoal siasat.

Pada 7:30 pagi Khamis, 18 Februari 1993, empat orang pegawai polis muncul di pintu rumah Ann Thompson, membawa bersama satu waran menggeledah. Apabila Robert menyedari dia kini seorang suspek, dia menangis.

Mereka memeriksa semua pakaian Robert dan terus menemui kesan darah pada kasutnya.

Bila polis mahu menahan Jon Venables, ibunya Susan membuka pintu dan berkata dengan sinis:

Saya tahu kamu akan datang. Saya yang beritahu kamu semua patut jumpa Jon kerana dia ponteng sekolah Jumaat lepas.

Susan menyebut bahawa Jon balik ke rumah pada Jumaat dengan kot dipenuhi cat biru. Pegawai polis terus meminta kot berwarna kuning mustard milik Jon, yang memang dipenuhi cat biru. Malah terdapat cetakan tangan kecil warna biru pada lengan kot itu.

Jon memeluk ibunya dan menangis teresak-esak seperti histeria:

Saya tak mahu masuk penjara, mak. Saya tak bunuh bayi itu.

Robert Thompson yang bunuh dia. Dia selalu bawa masalah pada saya.

Dalam esak tangis, Jon memberitahu polis patut bercakap dengan Robert. Ketika dalam perjalanan ke balai polis dengan kereta, Jon asyik bertanya tentang Robert. Dah tahan dia ke belum? Ke mana polis mahu bawa dia?

Walaupun Robert dan Jon memberi reaksi yang cemas semasa ditahan, polis tidak serta-merta mengesyaki mereka berdua sebagai pembunuh James. Mereka sebenarnya hanya membuat tindakan susulan atas tip yang diterima. Masih ada kanak-kanak lelaki lain dengan rekod keganasan di Merseyside. Tambahan pula susuk tubuh penculik dalam video kelihatan seperti remaja 13-14 tahun. Jon dan Robert pula berbadan kecil, masih budak-budak lagi.

Bagaimanapun polis tetap patuh pada prosedur. Penyiasat menembual Jon di Balai Polis Lower Lane manakala Robert disiasat di Balai Polis Walton Lane, yang terletak di bawah bukit dari lokasi James dibunuh.

Kedua-dua mereka, sangat takut dan dalam masa yang sama sangat kagum dengan prosedur polis. Apabila cap jarinya diambil, Jon bertanya dengan gementar bagaimana cap jari berfungsi. Ia seperti dakwat halimunan yang ajaib bagi Jon. Dia bertanya:

Adakah cap jari akan wujud di mana saja kita sentuh?

Kalau sentuh kulit orang, ada cap jari tak?

Kalau kita heret orang kuat-kuat, kuku kita tertinggal tak pada kulitnya?

Jon juga ingin tahu jika polis mengambil sampel cap jari Robert. Polis mengambil sampel darah, rambut dan kuku mereka berdua.

Dalam pada itu, seorang pekedai di pusat beli-belah Bootle Strand telah menelefon polis. Dia memberitahu, dua orang kanak-kanak yang terakam dalam video keselamatan itu mungkin telah singgah ke kedainya pada hari kejadian.
3

Jadi, polis pun datang ke kedainya dan mengambil kesan cap jari. Salah satu kesan cap jari itu berpadanan dengan cap jari Jon.

Robert Menafikan, Jon Menangis

Soal siasat: Robert Thompson

Robert Thompson disoal siasat pada Khamis, hari yang sama dia dibawa ke balai polis oleh Detektif Sarjan Phil Roberts dan Detektif Konstabel Bob Jacobs. Soal siasat itu dijalankan semasa ibu Robert berada dekat dengannya, turut ditemani seorang wakil perundangan.

Menyoal siasat kanak-kanak lelaki 10 tahun ialah sesuatu yang sukar. Tidak dapat dipastikan sama ada Robert faham mengenai hak perundangannya. Dia ditanya sama ada dia tahu beza antara kebenaran dan penipuan.

Robert berkata dia faham, tetapi semasa disoal, dia akan menukar-nukar antara kenyataan yang benar dengan penipuan.

Robert akan bercakap benar untuk menjawab soalan remeh seperti sama ada dia pergi ke sekolah hari itu atau tidak. Tetapi apabila ditanya soalan yang sukar, dia akan menjawab dengan mengada-ngada, “saya ada di situ tapi awak tidak” atau “itu apa yang awak fikir.”

Tetapi kemahiran Robert menipu akhirnya tidak dapat menyembunyikan kebenaran.

Robert mengaku dia dan Jon ponteng sekolah Jumaat itu dan pergi ke pusat beli-belah Bootle Strand. Mereka merayap dan melihat-lihat di kedai. Robert bercakap dengan gaya seorang saksi, bukan seorang suspek.

Robert mendakwa terlihat James bersama ibunya semasa dia dan Jon berada di eskalator. Para penyiasat berasa pelik, mengapa pula seorang bayi dan ibunya di pusat beli-belah menarik perhatian Robert? Pusat beli belah memang dipenuhi ramai emak dan anak tetapi Robert menekankan yang dia nampak James bersama Puan Bulger. Robert kemudiannya mendakwa dia dan Jon keluar dari Strand untuk ke perpustakaan, kemudian mereka balik ke rumah.

Semasa rehat, pasukan yang menyoal Robert dan pasukan yang menyoal Jon duduk berbincang. Pasukan Jon memberitahu, Jon berkata dia berada bersama Robert tetapi mereka berdua langsung tidak pergi ke Strand.

Kemudian, pasukan penyiasat bertanya Robert mengapa Jon menipu yang mereka tidak pergi ke pusat beli belah Bootle Strand? Robert mengatakan, mungkin Jon telah melakukan sesuatu yang tidak baik. Mungkin Jon dah buat bayi itu ekori mereka berdua dan kemudian bayi itu hilang, tetapi Robert tidak pasti dengan tepat kerana dia tidak menoleh ke belakang.

Apabila penyiasat menyebut mengenai jaket Robert yang sama dengan jaket salah seorang kanak-kanak dalam video, Robert menjawab:

Banyak jaket dijual serupa dengan jaket saya. Tapi bagaimana dengan jaket Jon yang lebih menyerlah? Kami sebenarnya tidak berjalan bersama.

Sepanjang soal siasat, Robert menjawab dengan aman. Selama ini dia memang biasa terlibat dalam masalah jadi dia tahu bagaimana untuk bertenang. Bagaimanapun, dia tetap tidak mengaku apa-apa.

Detektif Roberts: Kami percaya kamu meninggalkan Bootle Strands membawa bayi James dan bersama Jon.

Robert Thompson: Siapa kata?

Detektif Roberts: Kami kata, sekarang.

Robert Thompson: Tak, saya tak keluar dari situ bersama dia.

Detektif Roberts: Kalau begitu, beritahu saya apa yang telah berlaku.

Robert Thompson: Dalam akhbar tunjuk Jon yang pegang tangan bayi itu.

Secara licik, dia telah memberi bayangan yang Jon menculik bayi itu tanpa dia melihat sendiri kejadian tersebut. Selepas itu, dia seolah-olah terperangkap dan telah membongkar lebih banyak maklumat. Kadang kala, dia ditangkap menipu, tetapi dia akan membuat muka sedih. Bila tidak lagi didesak, dia berhenti mengalirkan air mata.

Saya tak pernah sentuh bayi itu , katanya sambil menangis.

Robert kini mengakui Jon telah memegang tangan James dan mereka berjalan di sekitar bandar, tetapi mereka telah lepaskan James ketika sampai ke gereja. Robert merungut pasti dia seorang saja yang akan dituduh membunuh James kerana terdapat kesan darah pada kasutnya.

Akhirnya malam itu Robert diberitahu yang dia ditahan dan tidak boleh balik ke rumah.

Kenapa saya kena tahan pula? Jon yang ambil dia.

Keesokan paginya, Robert memberitahu yang dia dan Jon meninggalkan James di landasan selepas Jon melempar cat ke mata James dan dia tidak tahu apa telah berlaku selepas itu.

Tetapi apabila penyiasat bertanya jika dia ada mencuri bateri, wajah Robert bertukar merah seperti udang dibakar. Ditanya mengapa wajahnya merah, Robert mendakwa dia rasa panas.

Robert menafikan mencuri bateri, tetapi dia nampaknya merasa malu apabila penyiasat menyebut tentang bateri.

Penemuan ulung

Selepas berjam-jam menafikan dan akhirnya membuat pengakuan, ibu Robert, Ann berkata, lebih mudah jika Robert beritahu saja perkara sebenar. Robert menangis.

Robert Thompson: Jon baling bata ke mukanya.
Ann Thompson: Kenapa?
Robert Thompson: Saya tak tahu.
Detektif Roberts: Baiklah, cuba fikir. Kita semakin dekat. Kita akan tahu apa sebenarnya berlaku sekarang, kan?
Robert Thompson: Ya, tapi akhirnya saya seorang saja akan dipersalahkan kerana ada kesan darah pada kasut saya.

Robert seterusnya menerangkan bahawa Jon seperti orang gila yang haus darah. Dia mendakwa Jon baling batu-bata (yang digunakan untuk membuat rumah) pada bayi itu, kemudiannya memukulnya dengan satu batang besi berlubang yang besar. Kemudian Jon telah memukul James dengan kayu.

James terbaring dengan mata terbuka berdekatan landasan. Jon membaling bateri ke wajah James. Robert mendakwa sepanjang Jon melakukan semua itu, dia telah cuba untuk menarik Jon pergi dan menjerit agar kawannya itu berhenti.

Terpegun, detektif bertanya, mengapa Jon lakukan semua itu?

Saya tak tahu. Saya hanya cubit dia saja.

Apabila penyiasat mengatakan mereka rasa Robert juga sebenarnya telah memukul James, dia berkata:

Itu apa yang awak fikir.

Robert menangis, tetapi kelihatan merenung pada ibunya, yang menyaksikan soal siasat itu dengan rasa tidak percaya. Kebanyakan respon Robert sebenarnya seolah-olah memberi penerangan kepada ibunya:

Saya cuba tahan dia, tapi dia asyik pukul dan pukul dan terus pukul dan saya tak dapat buat apa-apa untuk menghalangnya.

Bila ditanya mengapa dia membawa bunga ros ke memorial James:

Supaya bayi James tahu saya dah cuba tolong dia waktu itu dan saya bersedih untuknya.

6Robert juga memberitahu dia merasa takut akan dihantui oleh roh James.

Keesokan harinya, Robert mengaku dia kembali ke lokasi mayat James untuk mengalihkan bayi itu dari landasan. Dia memberi alasan sewaktu melakukan ini, darah James terkena pada kasutnya. Namun dia meletakkan kembali mayat James kerana terlalu banyak darah di situ.

Sepanjang disoal, Robert beberapa kali mengatakan dia bimbang Jon akan terlepas dengan mudah. Pada satu tahap, dia menangis:

Pergilah tanya cikgu kami siapa lagi jahat, saya, atau Jon? Cikgu pasti akan kata Jon.

Kenapa saya nak bunuh bayi James sedangkan di rumah saya ada bayi? Jika saya nak bunuh bayi, baik saya bunuh adik saya, kan?

Saya bukan pervert

Detektif akhirnya bertanya soalan paling sukar pada saat terakhir.

James mempunyai kecederaan kepada alat sulitnya, dan polis percaya salah seorang dari (atau kedua-dua) mereka telah memasukkan bateri ke dalam dubur James.

Soalan ini menyebabkan Robert lebih terganggu berbanding tuduhan-tuduhan lain. Ditanya siapa yang menanggalkan seluar panjang dan seluar dalam James, Robert mula menangis. Tiba-tiba dia merungut:

Saya bukan pervert, tahu?

Detektif Roberts: Jadi kenapa kalau saya panggil kamu pervert?

Biasanya dia bertenang, tapi kini, Robert terus hilang kawalan dan mengadu kepada ibunya:

Mak, mereka panggil saya pervert, kata saya bermain dengan kemaluan James.

Kini Robert enggan menjawab apa-apa soalan, tetapi para detektif tidak berhenti mendesak:

Apa yang Jon akan kata kamu dah buat pada James?

Dia menjawab:

Jon akan kata saya yang tanggalkan seluar James dan bermain dengan kemaluannya.

Dihujung soal siasat, Robert mendakwa Jon telah cuba untuk menutup kepala James dengan batu-batu tetapi dia meletakkan bata ke kepala James untuk menghentikan pendarahan.-amazingnara.com

Nota: Bersambung ke Bahagian 4

Bahagian 1 | Bahagian 2 | Bahagian 3 | Bahagian 4 | Bahagian 5 | Bahagian 6

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...