Kisah Pembunuhan Juruaudit Jalil Ibrahim Di Hong Kong Pada Tahun 1983

Trending

Kisah Pembunuhan Juruaudit Jalil Ibrahim Di Hong Kong Pada Tahun 1983

Generasi sekarang mungkin tidak mengenali atau mendengar nama Jalil Ibrahim. Difahamkan, pembunuhan Jalil Ibrahim berlaku seperti pembunuhan Altantuya juga.

Berdasarkan siasatan, terdapat pelbagai elemen jenayah hingga terjadinya pembunuhan ini seperti rasuah dan korups, jenayah pecah amanah, salah urus syarikat kewangan, pengauditan yang tidak sekata bagi menutup penyelewengan dan pinjaman yang telah diluluskan.

Advertisement

Bank Bumiputera Malaysia Berhad. BBMB. Kini dikenali sebagai CIMB. Selepas melalui proses penjenamaan, penggabungan dan penstrukturan semula organisasinya bersama Rashid Hussain Berhad.

Disitulah di mana bank tempat Jalil Ibrahim berkhidmat.

Jalil Ibrahim dikenali sebagai seorang yang jujur, amanah, rajin bekerja dan sangat suka kepada kerja-kerja siasatan berkaitan audit akaun syarikat.

Jalil Ibrahim berkhidmat dengan cemerlang. Prestasi yang baik itu membolehkan Jalil naik pangkat kerana disenangi oleh pegawai atasannya.

Jalil kemudian dihantar ke Hong Kong.

Bagi menjalankan kerja-kerja audit untuk cawangan kepada BBMB yang dikenali sebagai BMF iaitu Bumiputra Malaysia Finance (ketika itu) di Hong Kong.

Sepanjang 6 bulan berada di Hong Kong. Jalil kemudiannya menemui kecelaruan dalam akaun syarikat.

Bahkan menemui beberapa keputusan salah yang diluluskan oleh pegawai atasan ke atas beberapa pinjaman bernilai besar kepada ahli perniagaan, George Tan.

George Tan mewakili kumpulan Carrian. Untuk pengetahuan, BBMB pada ketika itu juga dibiayai oleh pembayar cukai dan juga keuntungan yang diraih oleh Petronas.

Matlamat BBMB ketika ditubuhkan ialah untuk menaikkan ekonomi bumiputera dan memberikan peluang kepada golongan bumiputera mengasah kemahiran, bakat dan berkongsi kepintaran mereka dalam bidang kewangan dan perbankan.

Selain itu, untuk mbantu mengembangkan ekonomi negara berikutan Malaysia menemui minyak (sumber baru) dan mendapat keuntungan berbillion ringgit.

BBMB ketika itu juga berjaya menjadi bank terbesar di Malaysia sebelum bersabit dengan krisis kewangan terbesar dalam negara dan dunia melalui anak syarikat BMF pada tahun 1983 dengan kematian pegawai audit yang amanah, Jalil Ibrahim.

Sebelum kematian Jalil pada tahun 1980, Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB) menerima bayaran RM50 juta sebulan daripada Petronas.

Ia sebagai sebahagian daripada perjanjian meningkatkan tabungan bank berkenaan, yang ditubuhkan khas bagi membantu Bumiputra.

Bumiputra Malaysia Finance (BMF) pula ditubuhkan di Hong Kong sebagai platform untuk menyalurkan sebahagian daripada dana berkenaan.

Sejumlah pinjaman bernilai RM2.5 Bilion diberikan kepada Kumpulan Carrian bagi pelaburanya di sektor hartanah di Hong kong.

Sekarang Bank Bumiputra dah tiada tapi diganti dengan CIMB

Bagaimanapun pada 1983, syarikat itu jatuh apabila pasaran saham di sana merundum, menyebabkan pinjaman berkenaan tidak dapat dilunaskan.

Ini mendorong BBMB menghantar penolong pengurusnya di bahagian audit, Jalil Ibrahim, 35 ke Hong Kong untuk menyiasat akaun BMF.

Anak kelahiran Melaka itu terpaksa berulang alik beberapa kali ke tanah jajahan British itu dengan meninggalkan isteri dan empat anak yang masih kecil bagi mengaudit aliran keluar-masuk wang ke dalam akaun Carrian.

Berdasarkan dokumentari kematian Jalil Ibrahim, Jalil Ibrahim adalah individu yang bertanggungjawab untuk meluluskan apa jua jenis pinjaman disebabkan BMF sedang melalui proses pengauditan.

Pada hari Jalil Ibrahim mati dibunuh, pegawai tertinggi Carrian Group termasuk George Tan telah hadir ke pejabat BMF dan mendesak rakan sejawat Jalil Ibrahim, Henry Chin untuk segera meluluskan pinjaman bernilai 4 juta bagi menyelamatkan Carrian Group yang menghadapi masalah kewangan akibat kejatuhan pasaran saham.

Henry Chin pada mulanya enggan.

George Tan dikatakan ada hubungan yang baik dengan beberapa orang ternama Hong Kong dan Malaysia.

Namun akhirnya tunduk atas tekanan. Selepas beberapa jam menangguhkan proses kelulusan bagi menunggu ketibaan Jalil Ibrahim.

Yang mana akhirnya Jalil tidak pulang ke pejabat buat selamanya.

Mayat Jalil Ibrahim ditemui tanpa sebarang pengenalan diri pada pagi 19 Julai 1983 oleh seorang wanita di sebuah kebun pisang di pinggir Hong Kong.

Pihak polis Hong Kong kekurangan petunjuk dan menyangkakan itu adalah mayat orang Cina sehinggalah duit 10 sen Malaysia ditemui di dalam seluar Jalil.

Laporan autopsi dan penyiasatan polis mendedahkan Jalil telah dijerut dengan tali jubah mandi yang ada pada lehernya sewaktu ia dijumpai.

Itu membuktikan kejadian ini bukan akibat kemalangan.

Menurut siasatan polis, Henry Chin juga mengakui bahawa kedatangan 2 pegawai tertinggi Carrian ke pejabat BMF adalah kedatangan mengejut. Tanpa temujanji awal.

Sebelum ini memang Jalil sendiri menegaskan tidak akan memberikan apa-apa pinjaman tambahan kepada Carrian Group.

Apatah lagi Carrian Group juga gagal melunaskan bayaran pinjaman terdahulu.

Bukan sahaja gagal membayar semula bahkan proses meluluskan pinjaman juga tidak mematuhi etika kerja yang sepatutnya.

Keratan akhbar Utusan Malaysia. Imej dari Utusan Malaysia & sumber dari Perpustakaan Negara.

Senang cakap, berlaku kes pecah amanah ketika meluluskan beberapa pinjaman terdahulu.

Maka, Jalil mahu menghentikan perkara tersebut dari terus berlaku. Sungguhpun ianya juga didalangi oleh pegawai tertinggi BMF sendiri, Lorrain Esme Osman.

Sebulan lebih sebelum Jalil dibunuh, terdapat satu petikan ayat yang memberikan teka teki kepada team pendakwaraya Hong Kong. Ianya tertera dalam diari milik Jalil.

Jalil dikatakan telah menulis..

“Honestly, i have reached the limit of my patience here. The problems in Hong Kong are not my making. And from today onwards, I am going to think of myself and my family first. They must know that i have had enough and i mean it”.

Seperti Altantuya, kes pembunuhan Jalil Ibrahim juga gagal menemukan motif disebalik pembunuhan. Individu yang dikatakan bertanggungjawab membunuh Jalil Ibrahim dikenali sebagai Mak Foon Than.

Ketika disoalsiasat pada awalnya, Mak mengakui dia bertugas mengutip wang dan diarahkan oleh orang kenamaan dari Malaysia.

Jenazah Jalil diusung keluar lepas saja tiba di Lapangan Terbang Subang.

Nama orang kenamaan tersebut didedahkan kepada pegawai penyiasat. Yang dimaksudkan mengutip wang itu sebenarnya merujuk kepada SOGOKAN.

Pada tahun 1986, Tan Sri Ahmad Nordin Zakaria, bekas ketua juruaudit negara mengatakan..

“Pembongkaran skandal BMF hanyalah kecil. Walaupun mereka yang disabitkan kesalahan sudahpun menerima hukuman, dia percaya ada pihak yang lebih penting turut terbabit”.

Sepanjang dipenjarakan sebelum dijatuhkan hukuman, Mak seringkali menerima poskad yang menulis perkataan ‘Diam itu lebih baik’.

Pasukan penyiasat mempercayai postcard itu bertujuan memastikan Mak tidak mendedahkan dalang sebenar kepada punca kenapa Jalil diarahkan bunuh.

Mak dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah Hong Kong pada tahun 1984 dan sepatutnya menjalani hukuman mati yang mana kemudiannya ianya ditukar kepada penjara seumur hidup.

BBMB menerima tempias yang teruk berikutan apa yang berlaku kepada anak syarikatnya BMF.

George Tan (yang tak pakai kot) ditahan polis Hong Kong

BBMB akhirnya terpaksa menanggung berbillion kerugian disamping intergriti perbankan yang tercalar teruk apabila BMF bukan sahaja dikaitkan dengan skandal pecah amanah, rasuah, penyelewengan bahkan pembunuhan salah seorang pegawainya yang jujur dalam menjalankan tugas.

Henry Chin, yang juga rakan sejawat Jalil Ibrahim enggan tampil di mahkamah dan memberikan keterangan pada awalnya kerana mempercayai nyawanya mungkin dalam taruhan.

Kes ini penuh dengan tanda tanya dan motif pembunuhan Jalil menjadi misteri sehingga kini.

Menurut Winsome Lane, wartawan mahkamah Straits Times, rakaman kenyataan Mak berdurasi 5 jam setengah tidak sampai ke mahkamah.

“Kenyataan 24 halaman yang dibuat oleh Mak yang mana dia memberi keterangan ke atas George Tan dan saya rasa terhadap beberapa orang lain di Malaysia hilang secara misteri dan hingga ke hari ini, tiada siapa tahu apa yang berlaku padanya.” jelas Winsome Lane.

Ikuti kisah penuh video dokumentari bertajuk “Pegawai Bank Yang Tahu Terlalu Banyak” terbitan program Crime Investigation Asia:

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...