Kisah Pembunuhan Juliana Md Fuzi Di Jalan Tun Razak Pada Tahun 2007

Trending

Kisah Pembunuhan Juliana Md Fuzi Di Jalan Tun Razak Pada Tahun 2007

Kisah berlaku pada 23 Mac 2007. Mangsa (Jue) telah bertemu dengan Noralina dalam reunion sekolah sebulan sebelum kejadian dan bertukar-tukar no telefon.

Pada malam kejadian, Noralina mengajak mangsa untuk keluar makan malam bersama di kawasan rumah sewa mangsa.

Advertisement

Tidak disangkanya Noralina membawah kekasihnya juga iaitu Khairul Anuar Abdullah, 27, pada malam tersebut.

Dalam keterangan polis, Noralina memberitahu yang dia lari dari rumah dan mengikut Khairul Anuar (seorang jurujual astro dan merupakan suami orang).

Hanya kerana duit, mereka merancang untuk merompak mangsa. Nuralina memberi alasan tertinggal beg duit di hotel dan membawa Jue ke satu lokasi hotel murah.

Apartmen Sunrise, Wisma Indah di Jalan Tun Razak tempat Juliana dibunuh.

Setibanya di hotel murah itu, mereka merompak dan menumbuk mangsa untuk menyerahkan no pin kad ATM dan melarikan RM20 dan sebuah telefon bimbit Sony Ericson pada malam kejadian.

Mangsa telah diikat menggunakan cable Tie.

Lehernya juga dijerut menggunakan cable Tie. Dalam keterangan polis juga Nuralina memberitahu, yang dia perlu membunuh mangsa kerana mangsa mengenalinya.

Khairul Anuar di dalam kes berlainan telah dihukum penjara 15 tahun dan 10 kali sebatan kerana merogol budak bawah umur di sebuah perkuburan.

Pembunuh, Noralina BintiI Ahmad Dusuki

Pada malam kejadian, ketika Nuralina giliran membayar sewa hotel. Khairul Anuar sempat melempiaskan nafsunya terhadap mangsa namun dihalang oleh Nuralina apabila dia kembali ke bilik hotel.

Dalam laporan forensik menyebut, mayat mangsa didapati ada air mani Khairul Anuar tetapi dia masih berdara sebab kakinya juga diikat pada malam kejadian.

Gambar allahyarhamah Juliana Md. Fuzi

Rakan mangsa yang bimbang kerana mangsa tidak pulang sampai keesokan harinya, telah mengkhabarkan kepada keluarga mangsa.

Sehinggalah berita penemuan mayat tidak dikenali di TV, membawa keluarga mangsa ke proses pengecaman mayat. Dan ternyata itu ialah jasad mangsa yang bernama Juliana.

Hasil kerjasama kawan-kawan mangsa, pihak polis melakukan operasi mencari dan berjaya menangkap Nuralina. Nuralina yang ketakutan kerana ditahan, bertindak memberitahu pihak polis tentang Khairul Anuar.

Khairul Anuar ditahan polis ketika sedang makan roti canai dan didapati simkad mangsa terdapat dalam beg Khairul Anuar. Manakala telefon bimbit milik mangsa telah dijual.

Setelah 2 tahun dari hari kejadian berlaku, akhirnya Hakim Mohamad Zabidin menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pasangan kekasih itu.

Pihak pembelaan didapati gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes. Ibu yang mengandungkan Khairul Anuar juga pengsan setelah mendengar hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah.

Mereka berdua telah pun dihukum dan sempat bertaubat sebelum mati.

Buat kita, jadikan tauladan. Jangan kerana wang, jangan kerana cinta dan jangan kerana nafsu hidup di dunia ini tergadai. Berfikirlah dengan iman, akal dan fikiran.

Semoga kisah sebegini tidak terjadi dalam keluarga dan sahabat kita. Al-fatihah buat arwah JULIANA MD FUZI.

Sumber : fazemy, akhbar tempatan dan rakan mangsa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...