Kisah Mistik Dan Rahsia Disebalik “Syurga Tersembunyi” Blue Lagoon Puchong

Trending

Kisah Mistik Dan Rahsia Disebalik “Syurga Tersembunyi” Blue Lagoon Puchong

Siapa sangka bandaraya Puchong yang padat, sesak serta pesat membangun mempunyai “syurga tersembunyi” iaitu air terjun yang begitu indah sekali.

Terletak di Hutan Simpan Ayer Hitam atau lebih dikenali dengan Bukit Wawasan Puchong, kawasan air terjun yang digelar Blue Lagoon memukau pandangan dan jiwa sesiapa sahaja yang melihatnya.

Advertisement

blue lagoon puchong

Berwarna biru kehijauan dan berbentuk seakan kolam mandi yang cukup dalam untuk terjun, ia memberi pengalaman berenang yang sangat menarik dan menjanjikan ketenangan kepada pengunjung.

Untuk makluman anda, punca aliran air terjun ini adalah daripada Sungai Rasau dan ia membentuk satu kolam yang sangat jernih.
Uniknya, air di kolam ini juga akan berubah mengikut musim.  Pada musim hujan air akan berubah menjadi biru kehijauan hasil dari pantulan langit dan juga bayangan pokok-pokok di sekitarnya. Manakala pada musim kering pula, air kolam akan kelihatan seakan warna kuning zamrud.

blue lagoon puchong

Kisah mistik dan rahsia disebalik keindahan Blue Lagoon

Namun, disebalik keindahan kolam ini yang menjadi tumpuan ramai, tersimpan pelbagai rahsia dan cerita mistik.

blue lagoon puchong

Menurut Orang Asli Temuan yang sudah menghuni kawasan berhampiran hutan sejak 400 tahun lalu, mereka menceritakan pernah ada seorang lelaki yang berenang ke dasar kolam, tetapi tidak pernah timbul hingga sekarang. Agak pelik dan mengerikan apabila yang timbul cuma bahagian ususnya sahaja.

Terdapat pelbagai andaian mengenai kejadian tersebut, ada yang kata mungkin mayat tersangkut pada akar pokok yang berada di dasar kolam. Ada juga yang mempercayai mungkin laluan di dalam kolam ini menghubungkan ke dunia alam ghaib.

Tempat larangan

misteri blue lagoonSebenarnya, Blue Lagoon merupakan kawasan larangan dan dijaga oleh renjer hutan. Hanya pengunjung tertentu sahaja boleh mendapatkan kebenaran khas atau memasuki “syurga tersembunyi” tersebut.

Terdapat banyak juga kes pendaki sesat. Namun, masih ramai pengunjung yang ingkar dengan arahan yang ditetapkan.

blue lagoon

Hutan Simpan Ayer Hitam ini dimiliki Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi tujuan penyelidikan dan bukan dikategorikan sebagai hutan rekreasi.

Tidak dinafikan betapa cantiknya kawasan Blue Lagoon tetapi jagalah keindahan khazanah berharga yang tidak ternilai ini. Kami juga berharap anda semua bijak untuk mematuhi setiap larangan yang ditetapkan demi keselamatan diri.

Sumber Berita : Rainforest Journal & Astro Awani

Kredit Foto : Lawrence Ling, The Quantum Singularity, All Trails & Tripadvisor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...