Kisah Malek Noor Dan Fathini, Pengajaran Untuk KIta

Kisah Malek Noor Dan Fathini, Pengajaran Untuk KIta

malek noor

Dulu kami ada kongsikan bersama kisah keinsafan Malek Noor. Memang kalau baca dan hayati betul-betul cerita Malek Noor masa zaman dia jahil, boleh menitik jugaklah air mata. Kisah yang dikeluarkan kat Utusan mendapat sambutan hangat daripada banyak pihak. Salah seorangnya ialah pelajar berusia 14 tahun bernama Fathini.

Advertisement

Apa keistimewaan Fathini sehingga Malek Noor nak berjumpa dengan dia in person? Rupa-rupanya Fathini nie menghidap penyakit crohn disease @ radang usus. Kesan penyakit nie sampai mampu buat berat Fathini hanya tinggal 14 kg jer. 14 kilogram untuk budak 14 tahun. Takut kami mendengarnya.

Terharu sangat kami bila baca yang Malek Noor terus pergi jumpa ngan Fathihni untuk bagi kata-kata semangat. Lagi terharu bila Malek Noor cakap macam nie kat Fathini:-

[note]”Uncle harap Fathini tabah menghadapi ujian daripada Allah. Soal mati dan hidup Allah yang tentukan. Uncle harap Fathini akan sentiasa berdoa kepada Allah supaya disembuhkan daripada penyakit ini. Fathini mesti ingat bukan doktor yang tentukan hidup mati kita. Jika sudah sampai masanya Tuhan mengambil kita, kita harus senyum dan uncle juga harap emak dan ayah Fathini kena tabah dan reda dengan dugaan Allah.[/note]

Bagi kami, Malek Noor dan kita semua masih belum terlambat untuk membuat kebaikan. Semoga lebih ramai artis-artis dan selebriti-selebriti yang akan meniru jejak langkah Malek Noor selepas ini.

Berita penuh bole baca di Utusan Malaysia.

P.S: Kadang-kadang hairan ke mana menghilang mereka-mereka yang sepatutnya tampil dan menolong orang-orang macam Fathini nie. Kesian sungguh.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...