Kisah Lelaki OKU ‘Travel’ 1 Kilometer Dengan Kerusi Roda Setiap Hari Untuk Jual Nasi Lemak – “Sedih, Tapi Hidup Saya Tenang…”

Kehidupan

Kisah Lelaki OKU ‘Travel’ 1 Kilometer Dengan Kerusi Roda Setiap Hari Untuk Jual Nasi Lemak – “Sedih, Tapi Hidup Saya Tenang…”

Dalam kesibukan kita untuk pergi ke tempat kerja, bagi yang menaiki pengangkutan awam sudah tentu akan sedar dengan small business yang menjual makanan seperti nasi lemak, kuih muih dan juadah sarapan pagi yang lain.

Setiap peniaga tersebut pasti ada kisah mereka tersendiri dan sudah tentu melalui kepayahan dalam mencari rezeki untuk menempuh kehidupan seharian mereka.

Advertisement

 

Kisah Mohd Nor

Ini kisah Mohd Nor Bin Dini, seorang lelaki kelainan upaya tinggal di Setapak Jaya yang berkongsi tentang cabaran dilaluinya setiap hari tanpa sesiapa di sisi.

Cerita Mohd, dia merupakan seorang kanak-kanak yang normal namun pada usianya satu tahun semuanya berubah disebabkan demam panas.

oku

Doktor turut memaklumkan secara perlahan-lahan dia akan hilang kawalan kaki dan tangannya dan ia merupakan simptom yang menyebabkan dirinya kini menjadi orang kelainan upaya.

Tidak seperti kanak-kanak lain yang menikmati zaman kecil dengan penuh riang, Mohd tidak dapat bergerak dengan bebas dan pada usia 20 tahun, Mohd dapati dia sudah tidak dapat merasai pergerakan kaki dan jarinya.

 

“Mental saya sangat kuat”

Meskipun diuji sebegitu rupa, Mohd tersenyum saat dia berkongsi keperitan hidup yang dilaluinya dan detik ketika dia sedar kakinya sudah tidak dapat bergerak dan melangkah lagi.

Ini adalah ketentuan. Fizikal saya mungkin lemah tetapi mental saya sangat kuat. Allah boleh uji saya selagi Dia mahu, saya tetap akan kuat.

Tidak menjadikan statusnya untuk meminta bantuan sebalinya dengan semangat dan mental yang kuat itulah Mohd gagahkan dirinya untuk berniaga sendiri.

oku

 

Tidak mahu minta simpati, usaha bekerja

Mohd akui tidak mahu menyusahkan sesiapa meskipun tidak mempunyai keselesaan hidup dan peluang seperti orang lain seperti menyambung pelajaran, berkahwin atau mempunyai kerja yang stabil.

Dia kemudian mengambil kelas untuk belajar menjahit namun selepas dua tahun Mohd menyedari dia tidak boleh teruskan dengan pekerjaan tersebut.

Disebabkan itu, Mohd berpindah ke Kuala Lumpur untuk membantu rakan baiknya menjual nasi lemak di pusat membeli belah NU Sentral.

Kata Mohd, selepas rakannya itu meninggal dunia dia kemudian mengambil alih perniagaan tersebut sejak tujuh tahun yang lepas.

Rutin harian saya, bangun pukul 4.30 pagi dan bekerja dari 7.30 pagi hingga 12 tengah hari sebelum saya pulang ke rumah. Dalam sehari, saya peroleh antara RM70 ke RM90, cukup untuk tampung makan minum saya dan simpanan masa depan.’

oku

 

Sunyi tapi hidup gembira

Pada usia 47 tahun kini, Mohd akui kadang kala hatinya sayu memikirkan dia tidak dapat menjalani kehidupan seperti orang lain yang mempunyai keupayaan tidak dimilikinya.

Apatah lagi, Mohd sebatang kara tanpa ibu bapa, adik beradik mahupun pasangan hidup di sisinya namun dia memilih untuk bersyukur kerana masih bernafas, mempunyai tempat tinggal dan pendapatan.

Saya hanya manusia biasa. Sedih sebab saya tidak mempunyai kehidupan yang normal tapi saya gembira. Hidup saya tenang dan itu adalah sesuatu yang sangat berharga buat saya.

oku

 

Kerajaan perlu tambah usaha

Mohd juga berpendapat Malaysia perlu menambah usaha dalam membantu komuniti golongan kelainan upaya bagi memastikan kehidupan seharian mereka lebih senang.

Mereka (kerajaan) bantu tetapi tidak banyak. Ada orang kelainan upaya yang melalui hidup yang sukar, terpaksa menyorok daripada polis dan tidak berdaya untuk berbuat apa-apa.

Cerita Mohd lagi, antara kesukaran dilaluinya setiap hari adalah untuk bergerak ke tempat bekerja di mana dia perlu menggunakan kerusi roda sejauh 1 kilometer untuk sampai ke hentian bas.

Namun, apabila bas tiba selalunya dia akan terkandas di hentian itu kerana pemandu malas dan tidak mahu membantunya untuk naik ke dalam bas.

Pretty privilege memang wujud. Kalau saya ni wanita yang cantik mesti mereka akan berhenti (kenderaan) dan tumpangkan saya, kan? Sangat jelas, orang menilai seseorang berdasarkan penampilan.

Jika anda berniat untuk membantu atau memberi sumbangan kepada Mohd, bolehlah ke gerainya di pintu masuk NU Sentral atau hubunginya di nombor 011-35695813.

makjah
1 year ago

"Tak Termampu Balas Budi Datuk" - Mak Jah Menangis Terima Kerusi Roda Elektrik & Wang Saku Bulanan Daripada Rosyam Nor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : WeirdKaya

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...