Kisah Lama ‘Penyondol’ Kembali Tular, Alya Iman Buat Laporan Polis – “Saya Taknak Ulang Kisah Lama..”

Hiburan

Kisah Lama ‘Penyondol’ Kembali Tular, Alya Iman Buat Laporan Polis – “Saya Taknak Ulang Kisah Lama..”

Pelakon muda, Nur Alya Iman Azmil, 24, mengejutkan ramai apabila tampil membuat laporan polis di IPD Dang Wangi berhubung dakwaan liar yang mengaitkan namanya sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.

Menurut Alya, khabar angin tersebut bukan sahaja menjatuhkan reputasinya sebagai anak seni tetapi turut memberi kesan buruk kepada kesihatan mentalnya.

Advertisement

alya iman buat laporan polis atas dakwaan penyondol

Akibat isu ini, saya menjadi sasaran tohmahan dan fitnah netizen yang menyebarkan pelbagai kenyataan tidak berasas, mencaci serta melabel saya. Segala tuduhan terbabit adalah fitnah yang mencemarkan nama saya. Disebabkan penyebaran fitnah ini, saya mengalami tekanan, kehilangan reputasi, dan kerjaya saya turut terjejas akibat kecaman terbuka oleh masyarakat.

Dalam kenyataan rasmi yang dikongsi melalui Instagram Story, Alya sekali lagi menegaskan bahawa semua tuduhan itu hanyalah spekulasi dan tidak berasas.

Alya menegaskan bahawa laporan polis adalah langkah strategik untuk mempertahankan maruah serta memberi mesej kepada pihak yang menyebar fitnah agar lebih bertanggungjawab.

Sebagai langkah mempertahankan diri dan maruah saya, saya mengambil tindakan dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap segala tohmahan serta fitnah yang dilemparkan. Saya juga berharap tindakan ini dapat memastikan keadilan ditegakkan melalui saluran undang‑undang yang sewajarnya..

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, laporan diterima pada jam 3.49 petang semalam, dan siasatan kini dibawa ke tahap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menurunkan hantaran dan komen fitnah.

Saya tidak menafikan saya bukanlah insan sempurna. Namun, apa yang berlaku pada masa silam biarlah menjadi pengajaran. Saya memilih untuk tidak mengulanginya dan terus melangkah ke hadapan dengan lebih baik. Akhir kata, saya mendoakan agar semua pihak yang terbabit akan diberkati dan diredai Allah SWT..

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

harris irfan dikecam kahwini wanita tua
2025-07-21 10:38:09

Kahwin Wanita Lebih Tua, Harris Alif 'Sound' Pelakon Lelaki – “Mana Nak Letak Maruah Aku?”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...