“Kisah Lama Jangan Dicanang Merata, Biarkan Bakat Berbicara” – Suami Penyanyi Zehra Zambri

Hiburan

“Kisah Lama Jangan Dicanang Merata, Biarkan Bakat Berbicara” – Suami Penyanyi Zehra Zambri

Suami kepada penyanyi Zehra Zambri, Iqwan Samsudin tampil memberi kenyataan setelah muncul laporan media berkenaan masalah disiplin oleh sebuah akhbar baru-baru ini.

Dalam satu hantaran di Instagram Story, Iqwan memberi nasihat buat isterinya itu untuk tidak terlalu bercerita mengenai kisah hidupnya sebagai wartawan dan pembaca berita di sebuah stesen TV suatu ketika dahulu.

Advertisement

Suami Zehra zambri

Alasan Iqwan, ia bagi mengelakkan salah faham dan sepatutnya sebarang laporan media hanyalah tertumpu kepada perjalanan karier Zehra sebagai anak seni.

Sudah saya tegaskan seusai minggu pertama, kisah lama jangan dicanang merata. Biarkan bakat sahaja berbicara.

Ada perkara lain yang saya tidak tahu? Jika ada, saya berhak tahu.

Sebelum ini, Zehra menafikan dakwaan rumah tangganya kini sedang mengalami masalah dan fotonya bersama Iqwan disimpan di bahagian arkib kerana suaminya itu tidak selesa muncul di dunia hiburan tempatan.

Sekadar info, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kak lina sebak dengar nasihat ustazah asma harun
21 hours ago

“Halus Cara Penyampaian..” - Elly Mazlein Sebak Ustazah Asma Harun Hadiahkan Tudung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...