Kisah Lagenda Di Sebalik Puaka Jeram Pelagus

Kehidupan

Kisah Lagenda Di Sebalik Puaka Jeram Pelagus

Jeram Pelagus merupakan antara kawasan jeram yang paling digeruni di Sarawak. Dikatakan, ramai individu yang telah kehilangan nyawa apabila melalui kawasan ini.

Jeram Pelagus merupakan kawasan jeram berbatu tajam yang terletak antara Pekan Belaga dan Kapit. Kawasan berbahaya sejauh 15 kilometer ini, menempatkan batu-batu tajam yang berbahaya dan berada pada kedalaman kurang daripada 5 meter.

Advertisement

Mana-mana pengangkutan air yang hendak ke kawasan rumah panjang masyarakat Iban, Kejaman, Lahanan, Punan, dan Kayan harus melalui kawasan jeram ini terlebih dahulu. Bukan itu sahaja, perjalanan pengangkutan air dari Pekan Kapit dan Sibu menuju ke Belaga dan Bakun di hulu Sungai Rejang turut melalui kawasan jeram puaka ini.

Namun, mengapakah seekor ular gergasi dikatakan mempunyai kaitan dengan puaka Jeram Pelagus?

Kisah puaka Jeram Pelagus ini dikatakan berasal dari jelmaan seekor ular gergasi yang bernama Nabau.

Menurut cerita penduduk asal yang tinggal berdekatan kawasan Jeram Pelagus, Nabau merupakan seekor ular gergasi yang menyerupai ular gergasi Anakonda di Amazon. Ia mempunyai kebolehan untuk menukarkan dirinya menjadi seorang manusia. Lebih-lebih lagi apabila tiba musim ular mengawan.

Pada suatu hari, Nabau menyedari terdapat seorang wanita cantik yang menjadi kegilaan ramai lelaki di kawasan Jeram Pelagus. Walau pun wanita tersebut mempunyai ramai peminat, namun tidak ada seorang pun yang berani meluahkan perasaan kecuali Nabau. Lelaki lain hanya mampu meminati dan memuji dari jauh sahaja.

Puaka Jeram Pelagus, Batu Jeram Bahaya Yang Berasal Dari Seekor Ular Gergasi

Gambar hiasan. Sumber

Demi mengejar cintanya terhadap wanita tersebut, Nabau mengubah dirinya menjadi seorang lelaki yang gagah perkasa dan memikat wanita tersebut.

Beliau akhirnya berjaya mendekati wanita tersebut dan mereka saling berbual-bual.

Namun, perbuatan Nabau tidak disenangi oleh salah seorang lelaki yang rupa-rupanya memerhati gerak geri Nabau sejak awal. Lelaki tersebut merupakan suami kepada wanita tersebut. Tambahan pula, ia seorang pahlawan yang digeruni di kawasan Jeram Pelagus.

Nabau dibunuh dan ditetak menjadi 7 bahagian

Nabau telah dibunuh sewaktu cuba menukarkan dirinya kembali menjadi seekor ular gergasi. Pahlawan tersebut telah menetak tubuh badan Nabau sebanyak 7 kali sewaktu Nabau berlingkar. Ketujuh-tujuh bahagian badan tersebut kemudian dibuang ke Jeram Pelagus.

Gambar hiasan. Sumber

Tidak semena-mena, 7 bahagian tersebut dipercayai telah bertukar menjadi 7 bongkah batu tajam yang berbahaya di kawasan Jeram Pelagus.

7 bongkah batu bernama Wong sempena nama seorang pakar letupan

7 bongkah batu berkenaan dikenali dengan nama Wong Lapoh, Wong Nabau, Wong Batu Kawie, Wong Sukat, Wong Tilan, Wong Batu Naga dan Wong Pantu.

Walau bagaimanapun, operasi tersebut telah gagal dan menyebabkan Wong terkorban. Oleh itu, nama Wong diletakkan di pangkal nama batu-batu itu bagi memperingati kematian pakar letupan tersebut.

Lokasi kejadian bot karam, pemenggalan kepala askar Jepun

Puaka Jeram Pelagus telah mengorbankan lebih 40 nyawa sejak tahun 1970-an. Kebanyakannya adalah melibatkan pengangkutan air seperti bot ekspres karam akibat tonjolan batu ketika paras air rendah serta pusaran dan gelora air yang kuat ketika air pasang.

Bukan itu sahaja, Jeram Pelagus ini pernah menjadi tempat takungan darah askar Jepun yang ditawan dan dipenggal oleh pahlawan Iban semasa pengunduran mereka dari kawasan tengah Sarawak semasa kalah dalam Perang Dunia Kedua. Kejadian ini berlaku pada tahun 1945.

Walau bagaimanapun, jeram ini juga berperanan menjadi pelindung kepada masyarakat Orang Ulu daripada serangan masyarakat Iban ketika mereka masih aktif memburu kepala atau ‘ngayau’ semasa abad ke-19. Dengan adanya jeram ini, masyarakat Orang Ulu sukar diganggu kerana pergerakan terbatas dan sulit.

Masih tiada akses jalan raya yang sempurna untuk penduduk Jeram Pelagus

Sehingga kini, masih tiada jalan darat yang sempurna untuk penduduk sekitar kawasan Jeram Pelagus pergi ke kawasan bandar atau pekan untuk melakukan urusan penting dan sebagainya.

Walau pun beberapa bongkah batu telah berjaya diletupkan bagi membuka laluan yang lebih besar dan selamat, namun perhubungan jalan darat seharusnya disediakan bagi menghubungkan penduduk Jeram Pelagus dengan dunia luar.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...