Kisah ‘Hitam’ Pembunuhan Along Spoon Dan Kehidupan Bekas PA, Salina Ali Kini – “Saya Masih Tundukkan Muka” #TriviaNara

trivianara

Kisah ‘Hitam’ Pembunuhan Along Spoon Dan Kehidupan Bekas PA, Salina Ali Kini – “Saya Masih Tundukkan Muka” #TriviaNara

Sekitar tahun 1999 yang lalu, negara digemparkan dengan kes pembunuhan penyanyi yang hits dengan lagu ‘Rindu Serindu Rindunya’ iaitu Along daripada kumpulan Spoon.

Kehilangan Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie selama 10 hari akhirnya terjawab apabila pihak polis menjumpai mayatnya dalam karung guni di lereng bukit di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang – Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembilan.

Advertisement
Along Sumber : Google  

Kini, peristiwa hitam itu telah 25 tahun berlalu dan antara orang turut terkesan dengan kisah itu adalah Salina Ali, isteri kepada pembunuh penyanyi tersebut yang dihukum gantung, Mohamed Ya cob.

along spoon

Salina adalah Pegawai Perhubungan Awam (PRO) Syarikat Life Record yang turut menaungi kumpulan Spoon sememangnya menjadi ‘buruan’ wartawan berikutan peristiwa pembunuhan Along rancak diperkatakan media pada waktu itu.

Kini, kehidupan Salina terus  bahagia bersama anak-anak dan cucu dan turut aktif mengusahakan perusahaan menyewa kanopi dan khemah untuk majlis kahwin dan majlis tertentu.

Salina ali alongSumber : Bebas News  

Menyoroti tragedi lama yang baginya masih segar di ingatan, Salina berkata kisah itu terlalu berat untuk ditanggung apatah lagi mempunyai anak-anak kecil untuk dijaga.

Saya pengsan tiba-tiba apabila berita itu keluar di TV kerana pada waktu itu saya rasa seolah-olah langit jatuh menghempap kepala saya! Terlalu berat sehinggakan tidak tertanggung. Selepas sedar, saya menangis teringat anak-anak.

Selepas peristiwa itu meledak di media, Salina kemudiannya berhenti kerja sebagai PA dan bekerja di Singapura namun kembali semula ke Malaysia dan menjual nasi lemak.

SalinaSumber : Bebas News  

Kesusahan demi kesukaran Salina tanggung di saat membesarkan anak-anak tanpa kehadiran suami dan figura bapa kepada cahaya matanya, kini Salina mempunyai enam orang cucu dan sudah pun bergelar nenek.

Mengimbas kembali kehidupannya setelah ‘peristiwa hitam’ itu, Salina bersyukur kerana mempunyai dua orang sahabat yang sentiasa bersama ketika susah dan senang iaitu Nurzarida (ibu kepada pelakon Amyra Rosli) dan Azizah.

Sejak dahulu lagi anak-anak adalah kekuatan saya. Kini dengan kehadiran enam orang cucu, hidup saya amat bermakna dan lengkap. Saya akan sentiasa bersama mereka selagi waktu masih ada.

Sebenarnya walaupun peristiwa hitam itu telah 20 tahun berlalu, namun apabila berjalan di khalayak ramai, tanpa sedar saya akan tundukkan muka.

Sumber : Bebas News

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kavita sidhu
9 months ago

"Sedap Mata Memandang" - Tak Perlu Seksi Nak Nampak 'Hot & Classy', Kavita Sidhu Menawan Di Usia 51 Tahun #TriviaNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Bebas News

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...