Kisah Hidup Pak Yus Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu

Trending

Kisah Hidup Pak Yus Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu

pak yus jambu

Yussry Bin Edoo atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus, ialah seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan penghibur yang serba boleh di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan dibesarkan di Kg. Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis.

Advertisement

Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Syed Alwi, Kangar. Beliau mula bergiat dan menggilap bakatnya dalam bidang seni melalui teater. Beliau juga merupakan salah seorang pengiat teater yang aktif di perlis bersama Nam Rom ketika usia mudanya.

Kerjaya seni beliau bermula bila menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 anjuran sebuah televisyen tempatan. Tetapi nasib beliau kurang baik apabila tidak berjaya dalam program tersebut. Namun beliau tidak berputus asa.

Pada tahun 2007 beliau mencuba nasib sekali lagi, kali ini di program Raja Lawak Astro yang pertama kali diadakan. Percubaan beliau nampaknya tidak sia-sia apabila beliau diumumkan sebagai Juara program tersebut pada 11 Mac 2007. Beliau meninggal dunia pada 30 November 2015 dipercayai akibat sesak nafas.

Pada tanggal 30 November 2015, pemergian Yus sangat mengejutkan rakyat Malaysia. Beliau sempat memberikan persembahan di Dataran Merdeka sebelum diumumkan pemergiannya oleh Tauke (Raja Lawak) di akaun Instagramnya. Yus dikatakan mengalami sesak nafas dan meninggal di Hospital Selayang pada pukul 12.30 pagi.

Ramai artis yang hadir di hospital berikut sehingga berita kematian Yus diumumkan. Ahmad Nabil Ahmad terus bergegas ke hospital tersebut selepas sahaja mengacarakan program Gegar Vaganza 2. Turut bersedih dengan pemergian Yus ialah Afdlin Shauki yang mentakan salam takziahnya menerusi akaun Facebook dan Instagramnya.

Beliau dikebumikan di Tanah Pekuburan Kampung Nesam selepas solat zohor 30 November 2015

Namun dalam setiap kejayaan pastinya ada kisah sedih dan dugaan disebaliknya. Pak Yus pernah dibuang keluarga namun selepas kejayaan yang dikecapi beliau tetap maafkan keluarganya dan menjalinkan kembali hubungan kekeluargaan. Ini yang patut kita contohi, sifat maafkan sesama manusia.

Mari lah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham.

pak yus

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...