Kisah Hidup Bekas ‘Drummer’ Ukays Yang Maut Di Syria Bersama Isteri Dan Anaknya

Kehidupan

Kisah Hidup Bekas ‘Drummer’ Ukays Yang Maut Di Syria Bersama Isteri Dan Anaknya

Hari ini kita digemparkan dengan kematian bekas bintang rock tanah air, Akel Zainal yang terbunuh dalam satu serangan udara oleh pihak tentera Rusia di Syria pada awal tahun ini.

Akel Zainal atau nama sebenarnya Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin, 40 tahun dipercayai dibunuh pada Januari atau Mac tahun ini.

Advertisement

Dalam laporan yang dikeluarkan, Akel terbunuh bersama isteri dan 2 anaknya. Dikatakan rumah Akel dibedil oleh tentera pasukan gabungan dan mengorbankan isteri dan anaknya yang berumur 2 dan 3 tahun.

Akel meninggal bersama isteri dan anaknya

Bukan hanya Akel yang maut, tetapi seorang lagi militan dari Malaysia, Mohd Rafi Udin, 53 juga maut dalam serangan udara tersebut.

Pemain drum dalam kumpulan Ukays

Pada tahun 1990-an Akel terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai pemain drum kumpulan Ukays.

kumpulan Ukays

Kumpulan Ukays merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Pada tahun mereka berada di kemuncak, kumpulan Ukays berjaya bersaing dengan Wings dan Search. Namun, masalah baharu timbul apabila ahli-ahli kumpulan ini mula meminta bayaran royalti yang lebih.

Oleh sebab itu ahli-ahli kumpulan ini tidak berpuas hati lantas menarik diri termasuk Akel.

Kisah Misteri Syamimi Faiqah dan Akil Zainal

beliau berkahwin lain

Akel dikatakan telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Syamimi Faiqah. Syamimi adalah seorang bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Syamimi telah melarikan diri ke Syria untuk berkahwin dengan pejuang IS, Akel. Yang beliau kenali menerusi laman sosial Facebook.

Beliau telah berlepas ke Syria pada 4 Oktober 2014 dipercayai untuk menyertai kegiatan kumpulan militan Negara Islam (IS) bersama Akel.

Hanya melalui Facebook, Akel berjaya mempengaruhi Syamimi untuk tinggalkan keluarga yang tercinta. Taktik yang digunakan Akel ini giat menyasarkan gadis dan wanita Melayu khususnya pelajar institusi pengajian tinggi tempatan untuk direkrut ke Syria.

Sebelum ini juga, Akel dikatakan telah berkahwin pada tahun 2006 di Malaysia dan dikurniakan 3 orang anak perempuan tetapi kisah ini tidak didedahkan olehnya kepada umum.

Permulaan Akel sertai Daish

Pada tahun 2014 beliau mula meninggalkan Malaysia dan menyertai Daish di Syria. Beliau dilaporkan menyertai Daish sejak tercetusnya konflik di Syria malah turut ke sana untuk menyertai perang sejak 3 Januari 2014.

sertai Daish

Akel juga adalah individu utama pengganas Islamic State (IS) dilaporkan pada tahun 2018. Bukan itu sahaja, beliau juga dipercayai pejuang Daish dari Malaysia yang bergerak di Syria.

Akel

Beliau telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa Malaysia sebagai individu yang bertanggungjawab dalam beberapa rancangan untuk melakukan serangan keganasan di dalam negara Malaysia.

Rekrut beberapa individu lancar serangan di Johor

Pada bulan Februari lalu, Akel telah merekrut beberapa individu bertujuan melancarkan serangan ke atas bangunan Freemason di Johor Bahru.sertai Daish

Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas (E8) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan enam individu termasuk empat warga asing dipercayai terbabit dalam aktiviti pengganas.

Mereka terdiri daripada dua warga Malaysia dan masing-masing warga Singapura, Filipina, Bangladesh serta sebuah negara di Asia Selatan.

arahan Akel ZainalSuspek yang terlibat dengan kes ini telah menerima arahan daripada Akel yang menyertai kumpulan Daish di Syria.

Strategi baru kumpulan Daish

Pada bulan Ogos lalu, kumpulan militan berkenaan terpaksa melarikan diri di sebuah bandar sempadan antara Iraq dan Syria selepas kejatuhan kubu kuat kumpulan militan itu di beberapa bandar utama di Syria.

Kumpulan rakyat Malaysia itu cuba untuk berkumpul semula di Afghanistan memandangkan negara itu lebih mesra kepada perjuangan mereka.

Kumpulan Daesh

Wilayah ini sengaja dipilih oleh kumpulan berkenaan kerana kononnya dalam salah satu hadis Nabi SAW berkaitan tentera akhir zaman yang wujud di sebuah tempat bernama Khurasan.

Setelah ketua pengganas Daish, Abu Bakr Al-Baghda terbunuh pada Oktober, kumpulan militan menunggu arahan daripada pemimpin baharu yang bakal diangkat organisasi kumpulan ISIS.

kematian abu Bkar

Sejak Daish dilumpuhkan, masih lagi ada 100 kumpulan militan kecil yang berhubung sesama mereka di seluruh dunia.

Artikel berkaitan: Kumpulan militan Abu Sayyaf culik empat rakyat Malaysia

 

 

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Akel yang baru mengetahui berita sedih ini.

 

 

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...