Kisah percintaan antara pelakon Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman terus menjadi tumpuan ramai walaupun pasangan sama cantik sama padan ini sudah sah mendirikan rumah tangga.
Terbaharu, tular di platform TikTok foto-foto sekitar majlis merisik pasangan berkenaan, yang mendorong peminat menyusun kronologi perkenalan mereka yang dikatakan bermula pada penghujung tahun lalu.

Masa mereka shoot muzik video Amira selepas konsert Siti (konsert Siti Nurhaliza pada 14 Disember), rasanya hujung-hujung Disember baru mula kenal.
“Isnin siang 24/2 Fattah nafikan hubungan masa wartawan tanya. Malam tu pula ada majlis sambut Ramadhan Mira je rakan artis yang dijemput. 25/2 Selasa kantoi dengan geng ERA masa main pickleball sebab Mira asyik main cincin,” komen beberapa warganet.
Tidak kurang juga warganet menegaskan hubungan tersebut tidak berlaku semasa tempoh iddah, sebaliknya bermula selepas tempoh itu berakhir pada 13 Disember 2024.

Cerai 14 September 2024, iddah habis 13 Disember 2024, dan mereka berkenalan 14 Disember masa konsert TokTi. Jadi tidak timbul isu dalam tempoh iddah.
Sebelum ini, Fattah dan Amira sah diijabkabulkan dalam majlis pernikahan sederhana di sebuah resort di Sepang pada 14 September lalu, disaksikan ahli keluarga serta kenalan rapat.
Majlis resepsi mereka kemudiannya berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada Sabtu lalu. Pasangan ini memukau hadirin dengan busana tradisional Melayu rekaan Fiziwoo, diapit pelamin bertemakan singgahsana diraja lengkap dengan hiasan ribuan kuntum bunga merah, simbol cinta dan kesetiaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
