Kisah Disebalik Nombor 66 Pada Jersi Alexander-Arnold

Trending

Kisah Disebalik Nombor 66 Pada Jersi Alexander-Arnold

Alexander-Arnold adalah nama yang tidak asing lagi bagi peminat bola sepak di seluruh dunia. Oleh kerana bakatnya yang luar biasa dalam mengatur strategi bagi menjaringkan gol untuk pasukannya, beliau telah berjaya menjadi pemain utama Liverpool dan England pada usia 18 tahun sekaligus berjaya dinobatkan sebagai pemain termuda dalam pasukan tersebut.

Menariknya, bakat beliau dikatakan dapat dilihat oleh salah seorang jurulatih disebuah kelab bola sepak di sana semenjak beliau berusia 6 tahun lagi.

Advertisement

Meskipun baru berusia 21 ketika ini, beliau sering menjadi perbualan peminat bola sepak kerana sentiasa dibanding-bandingkan kehebatannya dengan bintang bola sepak yang lain setelah berjaya membantu Liverpool muncul juara Liga Juara-Juara Eropah dengan sepakan penjuru kontroversinya ketika menentang Barcelona pada tahun 2019.

Bukan itu sahaja, beliau juga sangat terkenal dengan jersi bernombor 66 di belakangnya walaupun telah berjaya menjadi pemain utama untuk pasukan England dan Liverpool.

Tahukah anda kisah disebalik Nombor 66 yang berada dijersi pemain sayap kanan ini?

Gambar hiasan

Peminat bola sepak sebelum ini pernah sibuk mempersoalkan mengenai Nombor 66 di jersi yang telah disarungkan oleh anak jati Liverpool ini, apabila beliau masih mengenakan nombor itu di belakangnya sehingga kini.

Berikutan perkara itu, kelab Liverpool mengatakan bahawa Alexander-Arnold tidak terlalu teruja untuk menukar nombor tersebut, walaupun telah diberi peluang untuk memilih nombor lain yang lebih kecil dan layak dengan kedudukan ketika ini.

Agak janggal untuk melihat seorang pemain menjulang trofi bersama Nombor 66 di belakangnya.

Gambar hiasan

Walaubagaimanapun, oleh kerana Nombor 66 kelihatan unik dan sentiasa berada di belakangnya, ia telah berjaya membuatkan bintang bola sepak ini beraksi dengan lebih megah di padang bola.

Nombor 66 kini dilihat sebagai ikonik dan lebih dekat dengan penyokong begitu juga staf kejurulatihan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...