Apabila mendengar tentang sejarah Kesultanan Melayu Melaka kita pasti akan terbayangkan kehidupan masyarakat zaman dahulu yang hidup di rumah kayu dan bekerja sebagai petani atau nelayan. Sultannya pula duduk di istana lama dan tidaklah semaju bangsa dari Barat. Ramai yang berpendapat sejarah ini tidaklah memberi kesan langsung kepada kehidupan kita pada hari ini.
Sebenarnya inilah kisah sejarah yang dikatakan telah diolah untuk dipercayai oleh orang Melayu.
Terdapat kajian yang menyatakan sejarah Melayu ini bagai telah diubah oleh mereka yang berkepentingan agar kita tidak mengetahui tentang kekuatan sebenar bangsa Melayu dahulukala.
Penjajah barat Barat yang dikatakan pro Zionis serta telah disokong oleh ideologi Orientalis bertanggungjawab dalam menutup kisah sebenar ini. Kerana kuasa mereka yang meluas pada zaman dahulu hingga kini, mereka mempunyai campur tangan dalam arah hala tuju sosio-politik dunia serta turut menuis sejarah yang diguna pakai dalam kebanyakkan kurikulum pelajaran sehingga sekarang. Ini semua demi kepentingan mereka sendiri.
Rangkaian mereka ini disebalik pelbagai persatuan untuk membela hak asasi manusia dan gerakan politik baru begitu bijak dalam psikologi serta sosiologi bagi mengubah pemikiran masyarakat. Tujuan mereka adalah untuk bangsa lain seperti Melayu merasa mereka tidak mampu dan tidak sehebat bangsa mereka.
Kita sering disogokkan dengan kisah sejarah Kesultanan Melayu Melaka yang merupakan simbol kegemilangan bangsa Melayu dahulukala telah jatuh ke tangan Portugis kerana tidak semaju dan berteknologi tinggi berbanding kuasa Barat. Ini menyebabkan kita tidak mampu menepis kedatangan mereka. Tentera kita hanyalah menggunakan senjata kuno seperti keris, tombak dan pedang berbanding bangsa dari Barat yang memilik pistol, senapang dan meriam.
Adakah kisah ini benar?
Ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque pernah mencatatkan 500 tahun dahulu, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis berjaya merampas 3,000 pucuk meriam yang dikatakan hanyalah separuh daripada meriam milik Melaka. Ada yang menceritakan, orang Portugis terjumpa sebuah objek yang bila dipandang, akan terlihat wajah manusia itu di dalamnya. Objek itu sebenarnya adalah cermin, tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya.
“Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun?”
Bagaimanakah Melaka jika sudah bertamadun tinggi boleh jatuh ke tangan Barat? Kota Melaka pernah digelar Barat sebagai “Venice of the East”. Melaka sepatutnya memiliki angkatan perang hebat termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling moden di bumi Melayu. Ini Melaka ketika itu telah lama menerima para pengunjung dan pedagang dari peradaban-peradaban besar seperti empayar Islam di Timur Tengah, China dan India. Melaka juga telah lama menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang jauh lebih maju daripada Barat zaman itu. Pastinya orang Melayu mengerti keperluan pertahanan untuk menjaga sebuah kota yang menjadi nadi perdagangan Nusantara malah seluruh dunia ini.
Melaka jatuh bukan kerana orang Melayu kuno. Dahulu lagi Melaka sudah memiliki meriam dan senjata lain yang boleh dibeli dari Timur Tengah atau membuatnya sendiri.
Angkatan laut Melaka yang memang telah diakui kecekapannya perlu meronda sepanjang Selat Melaka, antara laluan dagang tersibuk di dunia . Di bawah kepimpinan tokoh-tokoh seperti Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah, ia telah berjaya mengawal ancaman dari mana-mana pihak. Mereka mampu meronda dari utara Semenanjung hingga selatan dan ke Kepulauan Jawa untuk memantau dan menghidu pergerakan musuh sebelum mereka dapat menghampiri pusat pemerintahan di Kota Melaka.
Namun di dalam buku sejarah angkatan laut ini langsung tidak terlibat ketika Kesultanan Melaka diserang sehingga dengan mudahnya boleh diserang tentera Portugis dari arah laut. Tidak ada satu pun kapal Melaka yang menghalang dan menyekat serangan ini.
Ada cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan kapal yang menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu yang merupakan kapal angkatan laut Melaka juga. Sebuah laporan dari Portugis ada menyebut mereka pernah ternampak sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang Melayu sedang disediakan untuk menyerang dari satu tempat di perairan Melaka.
Mungkinkah benar bendahara Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas takhta atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduhnya yang ingin berlaku khianat?
Namun walau apapun Melaka telah jatuh dan terus dijajah selama lebih 400 tahun. Sultan Mahmud yang memerintah ketika itu, terpaksa meninggalkan Kota Melaka untuk lari ke selatan. Dia terus diburu pihak Portugis dan terpaksa berpindah randah untuk menyelamatkan diri.
Menurut Report on The First Voyage Around The World, yang dikarang oleh Antonio Pigafetta, Melaka ketika itu berkekuatan 20,000 orang tentera yang terdiri daripada tentera tempatan selain tentera upahan dari Jawa, Parsi dan beberapa negeri Islam yang lain. Kelengkapan senjata Melaka merupakan 3,000 meriam dan 20 gajah perang serta senjata api seperti istinggar (senapang kuno yang berasal dari Turki) serta meriam-meriam kecil.
Menurut Malacca History karangan Haji Buyong Adil yang memetik daripada sejarah melayu, kelengkapan pertahanan Melaka tidaklah sekuno seperti yang sering digambarkan. Bagaimanapun, kekalahan sebenar Melaka berpunca daripada Alburquerque mendapat bantuan daripada lima buah jong Cina dan beberapa buah kapal dagang India.
Anak-anak kapal mereka yang berlabuh di Pelabuhan Melaka itulah yang bertanggungjawab memberikan maklumat penting tentang Melaka kepada penjajah Portugis itu. Mereka juga yang menyampaikan rahsia tentang bekalan makanan yang sangat besar dari Jawa yang tersimpan di tengah-tengah kota Melaka.
Mereka mengatakan untuk Portugis berhadapan dengan tentera-tentera Melaka dan mengalahkan negeri Melayu itu, Portugis perlu menyekat bekalan makanan yang datangnya dari Jawa daripada sampai ke Melaka.
Alburquerque turut meminjam beberapa buah jong besar daripada angkatan dagang China dan menajnjikan satu tempat tinggi bagi mereka menonton aksi pertempuran antara Portugis dan Melaka.
Pengkhianatan pedagang-pedagang ini yang sebenarnya berlaku di dalam Kerajaan Melayu Melaka, bermula dari zaman Sultan Mansur Syah.
Pertahanan darat Melaka juga begitu rapuh apabila para penyokong Mundeliar yang tidak berpuas hati kerana Mundeliar dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Syah, membuka pintu kota sekaligus memudahkan Portugis mendarat di bahagian selatan dan utara Melaka dengan mudah sebelum menawan Jambatan Melaka yang terletak di tengah-tengah Kota Melaka, iaitu di kaki Bukit Melaka pada 25 Julai 1511.
Bukan sahaja pengkhianatan ini, Melaka turut dikhianati Nina Katu, sekutu kuat Mundeliar. Nina Katu bagaimanapun, dibunuh oleh Alburquerque selepas Melaka berjaya ditawan oleh Portugis.
“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.”
Jadi kita haruslah sentiasa berwaspda serta mengambil ikhtibar daripada sejarah yang berlaku ini. Kesultanan Melayu Melaka bukanlah tewas kerana kuno dan tidak mempunyai kekuatan tentera. Tetapi ini berlaku akibat pengkhianatan anasir luar serta kelekaan rakyat dan pemimpinnya sendiri.
Oeh itu, dalam masyarakat majmuk yang hidup di Malaysia sekarang, tidak kira siapa pun kita, bersamalah menjaga kedaulatan dan keharmonian negara tercinta.
Jom like Facebook & follow Twitter Amazing Nara bagi mendapatkan berita dan cerita terkini lagi sensasi di seluruh dunia.