Anda pasti familiar dengan gambar “Success Kid” ini yang pernah menjadi viral 10 tahun lalu. Ketika masih berusia 11 bulan, muka Sammy Griner menjadi pilihan ribuan meme selepas ibunya berkongsi sekeping gambarnya yang menunjukkan ekspresi muka yang disifatkan agak comel di laman Flickr.
Berasal dari Jacksonville, Florida, gambar terbaharu Griner yang kini berusia 10 tahun telah dimuat naik oleh ThosWhoDoVoodoo di laman Imgur.
Susulan itu, gambar berkenaan menarik perhatian netizen sehingga ia menerima lebih dari dua juta tontonan.
Pada 2007, Ibu Griner, Laney berkongsi gambar bayi Griner yang menunjukkan reaksi muka yang luar biasa.
Selepas gambar itu menjadi pilihan orang ramai, keluarganya menggunakan perhatian tersebut untuk meminta bantuan sumbangan untuk pembedahan pemindahan buah pinggang ayah Griner.
Menurut ibu Griner, keluarganya cukup teruja apabila menerima perhatian yang luar biasa daripada netizen di seluruh dunia terhadap gambar Griner.
Susulan itu, sebuah laman, GoFundMe telah ditubuhkan di mana keluarga tersebut berjaya memperoleh sumbangan sebanyak US$100,000 untuk membantu menampung kos rawatan perubatan ayah Grinder dan akhirnya pembedahan itu juga berjaya dilakukan pada tahun 2015.