Kisah Curi Peha Ayam Jadi Viral, Wanita Ini Terima Derma RM187,000 Dari Netizen

Trending

Kisah Curi Peha Ayam Jadi Viral, Wanita Ini Terima Derma RM187,000 Dari Netizen

sad_childrens_daySeorang wanita di Nanjing telah ditangkap kerana mencuri peha ayam dan beberapa buku kanak-kanak sebagai hadiah untuk diberikan kepada anaknya yang sedang sakit.
Ibu tersebut, Liu Jinxia, ditangkap pada Selasa kerana mencuri untuk anak kembarnya yang menderita masalah buah pinggang.

Wanita yang bekerja sebagai pengutip sampah itu hanya berpendapatan 50 yuan (RM 30) sehari. Dia telah diceraikan oleh suaminya beberapa tahun yang lalu disebabkan oleh masalah kewangan gara-gara penyakit anak-anaknya itu.

Advertisement

Untuk bertahan dengan wang yang sedikit, Liu dan anak-anaknya hanya tinggal di dalam sebuah bilik yang berkeluasan 2 meter persegi dan berbelanja dengan cermat setiap hari. Bagaimanapun, sebelum Hari Kanak-Kanak, anak-anak perempuan Liu itu berkata mereka berharap sangat untuk makan peha ayam.

Sehari sebelum Hari Kanak-Kanak, Liu berjalan ke arah sebuah pasaraya tempatan untuk membeli sedikit keperluan dapur. Tetapi apabila dia terlihat pasaraya itu sedang membuat promosi untuk peha ayam, dia tidak dapat mengawal diri dan mencuri satu peha ayam untuk diberikan kepada anak-anaknya sebagai hadiah.

Kedua-dua anaknya itu juga memerlukan buku untuk ke sekolah, jadi dia mengambil kesempatan itu mencuri beberapa buah buku sebelum cuba keluar dari pasaraya tersebut.

Namun dia ditangkap sebelum berjaya keluar.

sad_childrens_day2

Bagaimanapun, tiada siapa menyangka penangkapan Liu membawa tuah untuk dirinya.

Polis yang bertanggungjawab menguruskan Liu berasa sebak apabila mendengar Liu menceritakan kisahnya dan dia sebenarnya mencuri peha ayam itu untuk anak-anaknya.

Polis itu kemudian berkongsi kisah sedih Liu itu di WeChat dan bertanya jika ada kawan-kawannya yang boleh membantu. Dalam masa yang singkat, polis itu berjaya mengumpul 10,000 yuan (RM6,200) untuk anak-anak Liu.

Namun, itu hanya permulaan. Cerita Liu dan anak-anaknya menjadi viral di media sosial China dan netizen di negara itu yang sebak mendengar kisah tersebut mendermakan lagi 300,000 yuan (RM 187,000) kepada keluarga Liu, lapor Sina.

Wang itu sudah mencukupi untuk membayar perbelanjaan hospital bagi anak-anak Liu dan kempen derma itu telah ditamatkan.

sad_childrens_day4

Hari Kanak-Kanak di China tahun ini menjadi sedikit luar biasa apabila kisah Liu menjadi viral sehingga mencetuskan kemarahan netizen kepada jurang antara golongan-golongan kaya dan golongan miskin di negara tesebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...