Kisah Cinta Sejati Noriah Kasnon Dan Asmuni Abdullah

Trending

Kisah Cinta Sejati Noriah Kasnon Dan Asmuni Abdullah

Kisah cinta mereka ialah kisah cinta sejati.

Mereka bertemu sewaktu masih remaja, jatuh cinta, tetapi terpaksa berpisah. Walau begitu, selepas 30 tahun, masing-masing pernah menjalani kehidupan  dan membina keluarga berasingan beribu batu jauhnya, namun cinta mereka tetap kukuh.

Advertisement

main_ha_0805_p9b_hazlin_1

Malang sekali, peluang kedua Timbalan Menteri Industri Pertanian dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan suami, Asmuni Abdullah, keduanya 52 tahun, untuk membina bahagia bersama hanya bertahan lapan bulan.

Mereka berdua meninggal dunia bersama dalam satu tragedi helikopter Khamis lepas.

Mesra sejak zaman kanak-kanak, keduanya berkahwin September lepas setelah berhubung semula melalui Facebook.

Adik Noriah, Saiful Baharim, 44, memberitahu The Star bahawa pasangan itu pernah berkasih namun terpaksa berpisah lebih 30 tahun dahulu kerana ibu mereka tidak merestui hubungan itu.

Meraka belajar di sekolah rendah yang sama di SK Sungai Burong di sini. Mereka ingin bersama selepas tamat persekolahan tetapi ibu tak benarkan kerana bagi ibu pelajaran lebih penting.

Akhirnya, mereka terpaksa lupakan cinta mereka dan meneruskan pengajian ke peringkat universiti.

Asmuni berangkat Amerika Syarikat untuk belajar seni bina manakala Noriah mengambil kursus undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Dia berkata mereka berdua terputus hubungan. Noriah kemudiannya berkahwin dan memiliki lima anak dari tiga perkahwinan, termasuk seorang anak angkat lelaki berusia tiga tahun, manakala Asmuni mempunyai empat anak dan tinggal di New York setelah menghabiskan pengajian. Saiful berkata mereka berhubung semula tahun lepas apabila Noriah menjalankan inisiatif untuk menganjurkan pertemuan semula dengan alumni sekolah rendahnya melalui Facebook.

Menyedari masih ada perasaan yang wujud dalam diri mereka untuk satu sama lain, mereka mula berhubung dan berkahwin September lepas. Tambah Saiful:

Ini memang kisah cinta sejati yang sebenar kerana mereka suka sama suka sejak kecil.

Kakak Noriah, Sunarsih, 55, berkata adik perempuannya itu lebih gembira setelah mengahwini Asmuni dan pernah berkata ingin berhenti dari bidang politik untuk memberi lebih fokus pada keluarga.

Dia beritahu kami ini ialah penggal terakhirnya sebagai seorang ahli parlimen.

Noriah ialah ahli parlimen Sungai Besar. Anak saudara Noriah, Ummu Hani Asaidah Abdullah kini menjaga anak angkat Noriah, Adam Mukhriz dan agak bimbang kerana anak kecil itu asyik bertanyakan ibunya.

Kadangkala dia termenung dan tanya di mana ibunya.

Saya tak tahu apa nak diberitahu selain beritahunya ibunya akan balik tak lama lagi.

Adam dikatakan sangat rapat dengan ibunya dan anak-anaknya kini akan mengambil alih tugas memelihara Adam.-amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...