Dihimpit kontroversi sehari selepas beliau mengumumkan perkahwinannya bersama , Gabriella Robinson, Datuk Hans Isaac bagaimanapun tidak mahu perkara itu menjadi penghalang hubungannya bersama wanita pilihannya itu. Â Hans akui mereka sudah mengetahui tentang masa silam masing-masing dan ingin melupakan segalanya dan membina hidup baru bersama. Apa yang penting ialah kejujuran didalam hubungan yang terjalin itu.
Saya bersikap jujur dengan Gabriella, saya memberitahu dan menceritakan kepadanya apa yang terjadi sebelum ini. Bagi saya, pasangan kekasih harus bersikap jujur. Semua kisah lama harus ditinggalkan dan kita sebagai pasangan harus menghormati kisah lama masing-masing.
Berbicara mengenai isu itu, Gabriella juga memberitahu hubungan beliau dan Hans baik-baik sahaja.
Hans mempunyai kisah silam, saya juga mempunyai kisah silam. Bagi saya, semuanya baik-baik sahaja. Apa yang telah Hans lalui dahulu telah menjadikan dia insan yang saya temui sekarang. Saya menghormati perkara tersebut dan perkara tersebut tidak menjadi penghalang.
Hans dan Gabriella bakal berkahwin pada 29 Julai ini di St. John Cathedral Church, Kuala Lumpur. Majlis resepsi pula akan diadakan pada malam yang sama di Hotel Majestic. Mereka telah bertunang pada 29 Januari lalu di Singapura. Sumber Berita : Astro Gempak