Kisah Cinta Awie Dan Erra Bakal Didedahkan Dalam Filem

Hiburan

Kisah Cinta Awie Dan Erra Bakal Didedahkan Dalam Filem

Sekitar tahun 90an, Awie dan Erra Fazira merupakan gandingan filem paling popular, mempunyai jumlah peminat yang ramai dan semuanya seakan sempurna apabila mereka bercinta dan mengikat tali pertunangan. Namun hubungan pasangan ini tidak sempat sampai ke jinjang pelamin.

Advertisement

Ramai yang ingin sekali mengetahui kisah cinta pasangan ini dan ia bakal menjadi kenyataan apabila Awie dan Erra bakal menceritakan kisah benar hubungan mereka yang tidak pernah diketahui peminat dalam sebuah filem tidak lama lagi.

Projek berkenaan sudah lama saya rancang tetapi banyak perkara yang perlu saya teliti terlebih dahulu termasuk meminta kebenaran daripada Erra untuk mendedahkan tentang kisah kami dalam sebuah filem.

Apabila saya utarakan idea berkenaan kepada Erra dia positif mengenainya dan sekiranya segalanya berjalan lancar, Insya-Allah ia akan menjadi projek terbaharu saya.

Satu ketika dahulu, sekitar pertunangan Awie dan Erra

Awie berkata, filem itu nanti bukan bertujuan untuk mendedahkan aib mana-mana pihak sebaliknya ingin menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di antara mereka ketika itu.

Bukan semua tetapi sebahagian sahaja yang pada pandangan saya perlu dijelaskan kepada penonton kerana ada perkara yang menjadi sebutan sebelum ini masih tidak terjawab sehingga hari ini.

Kedua-duanya bakal menjadi pelakon utama dalam filem yang direncanakan itu dan Awie juga berhasrat untuk menggunakan khidmat Erma Fatima selaku pengarah.

Wah, mungkin ramai peminat Awie dan Erra akan merasa teruja untuk menanti filem yang berkisarkan kisah percintaan mereka. Relaks je kan Awie dan Erra mengimbau kenangan lama.

Sumber Berita: mStar Online

WOW! Masih mencari barangan kecantikan anda tetapi buntu kerana harga terlalu mahal? Ini peluang anda untuk mendapatkan barangan “branded” dengan hargi yang TERLALU BERPATUTAN! Kunjungi Best Buy World sekarang. Diskaun sehingga 60% untuk barangan berjenama seperti Estee Lauder dan lain-lain! Jom kita ke Best Buy World sekarang juga!

 photo Estee Lauder 25-27 march.jpg

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...