Kisah Ceraikan Isteri Ketika Hamil Diungkit Kembali, PU Abu Zahir Rasa Kesal

Hiburan

Kisah Ceraikan Isteri Ketika Hamil Diungkit Kembali, PU Abu Zahir Rasa Kesal

Selepas seorang ulama tampil mengungkit kembali kesilapan silamnya menceraikan isteri ketika sedang hamil pada tahun lalu, pendakwah bebas, PU Abu Sufyan Mokhtar, zahir rasa kesal.

Advertisement

Menurutnya perkara seperti itu tidak wajar diperkatakan lagi kerana ia seakan membuka aibnya.

Perkara itu didedahkan sendiri olehnya menerusi sebuah posting yang dimuat naik di Instagram Stories miliknya.

“Ada seseorang tunjuk saya pasal content video ni, ustaz ni dia memberikan komentar terhadap isu yang viral baru-baru ini berkaitan pendakwah selebriti yang ditahan atas salah laku jenayah. Tapi bukan itu yang saya terpanggil, isu yang buat saya terpanggil adalah apabila beliau menyebut ada seorang PU ka PV cerai isteri. Saya jadi hairan isu ni hampir setahun lebih berlalu tetapi masih juga disebut. Bukankah itu satu keaiban buat diri saya.”

Susulan itu, beliau juga tampil memberi peringatan kepada individu terbabit agar lebih sensitif dalam menjaga aib orang lain.

“Lebih-lebih lagi ustaz ini memberi komentar di dalam masjid, di tempat yang mulia. Nabi memberikan peringatan kepada kita barang siapa yang menutup aib saudaranya Allah akan menutup aibnya di akhirat.”

Malah, beliau juga menegaskan sebagai seorang pendakwah, adalah itu tidak sepatutnya berkelakuan sebegitu di khalayak ramai.

“Sebagai pendakwah seharusnya memberikan didikan kepada masyarakat untuk lebih menjaga aib saudaranya, bukan kita sendiri yang ajak masyarakat untuk cerita aib saudaranya. Apapun saya bersyukur sebab saya tak pernah melayangkan jari tengah ketika ceramah di masjid.”

Terdahulu, isterinya Ain Afini mendakwa dirinya diceraikan ketika hamil tujuh bulan selepas PU Abu memilih untuk bernikah dengan seorang janda.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...