Isteri kepada pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim, Siti Khalizah Alihan tampil menafikan dakwaan bahawa isu pemfailan cerai dijadikan sebagai taktik promosi bagi melariskan produk yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Dalam satu sesi siaran langsung di TikTok, Khalizah menjelaskan bahawa keputusan untuk memfailkan perceraian bukan dibuat secara semberono, sebaliknya ia merupakan sebahagian daripada ujian hidup sebagai pasangan yang berkongsi rumah tangga.
Tiada siapa nak benda buruk terjadi, perkara itu berlaku atas ujian Allah bagi kepada kami pasangan suami isteri.
Tambah Khalizah, walaupun dia bukan pakar dalam hal agama, dia tetap sedar akan batasan hukum dalam membuat keputusan sebegitu.
Saya tak pandai sangat agama tapi tahu hukum. Tidaklah semudah itu apa yang saya buat, siapa nak kahwin tapi tak bahagia.
Penjelasan itu diberikan susulan dakwaan seorang pengguna media sosial yang menuduh Khalizah sengaja mencetuskan kontroversi cerai demi menarik perhatian terhadap produk perniagaannya.
Dalam masa sama, Khalizah menegaskan bahawa dia tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak atas kemelut rumah tangga yang berlaku dan lebih memilih untuk memperbaiki kelemahan dalam perhubungan.
Tak mengapa awak nak tanya, mungkin orang nak tahu. Janganlah tanya begitu, sebak saya.
Kita tengah berusaha ke arah kebaikan, tiada siapa nak benda itu berlaku terutama sekali kita ada anak perempuan.
Mengenai pandangan serta spekulasi orang ramai, Khalizah menegaskan bahawa hanya dia dan suaminya tahu keadaan sebenar yang berlaku, dan mereka memilih untuk tidak mendedahkan aib perkahwinan.
Untuk rekod, pasangan ini telah diijabkabulkan pada 12 Februari lalu dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah masjid di Jitra, Kedah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.