Kisah Bapa Berbangsa Cina Beri Sokongan Anak Masuk Islam Jadi Inspirasi Ramai

Trending

Kisah Bapa Berbangsa Cina Beri Sokongan Anak Masuk Islam Jadi Inspirasi Ramai

Bukan mudah untuk seorang mualaf menyatakan hasrat mereka untuk menukar agama kepada ahli keluarga.  Pelbagai macam dugaan, antaranya bukan semua ibu bapa boleh menerima hakikat anak mereka memilih jalan Islam dan tidak dapat dinafikan ada sesetengah yang merasa seakan sudah ‘kehilangan’ anak mereka.

Advertisement

Namun, perkongsian seorang wanita mualaf bernama Jinghan Naan di Facebook ini menjadi inspirasi ramai.  Bapanya yang berbangsa Cina memberikan sokongan penuh untuk anak perempuannya itu memeluk agama Islam.

Bapa Jinghan tidak kisah dengan apa sahaja kata masyarakat mahupun ahli keluarganya, apa yang penting adalah kebahagiaan anaknya itu.




Betapa bertuahnya Jinghan mempunyai seorang bapa yang cukup memahami dan menghormati pegangan agama pilihan anaknya itu. Semoga keluarga ini dilimpahi rahmat  dan kebahagiaan. Semoga Jinghan juga terus istiqamah.

Sumber Berita : Facebook Jinghan Naan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.