Pasti hukuman mati ataupun tali gantung adalah sesuatu yang cukup digeruni. Dengar sahaja pun dah naik bulu roma. Apatah lagi pada si pesalah yang bakal menghadapi tali gantung.
Seorang individu mengkongsikan jenis tali gantung dan juga pengalaman individu-individu sewaktu berdepan dengan hukuman mati.
Jenis tali gantung
Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.
Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.
sumber – Malaysian Times
Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 KG selama 72 jam. Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya disimpan di dalam peti besi.
Ada empat jenis tali dan tali tersebut dipilih mengikut berat banduan. Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk atau leher banduan.
Situasi di mana rayuan anda ditolak
Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.
Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.
Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.
Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.
sumber – Ebit Lew
Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam. Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh.
Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.
Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.
sumber – Ebit Lew
Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat.
Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’
Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.
Situasi pada Hari Penggantungan
Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.
Ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu.
Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya
Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.
Apabila tiba masanya…
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila gear ditarik.
Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.
Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.
Proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan Pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik gear yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.
Kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.
Menurut pengalaman dari tuan badan sendiri, tugas in pastinya memberi seribu satu keinsafan dan diharapkan perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.