Kisah Bagaimana The Forbidden City Terselamat Daripada 200 Kejadian Gempa Bumi

Trending

Kisah Bagaimana The Forbidden City Terselamat Daripada 200 Kejadian Gempa Bumi

The Forbidden City terletak di China adalah sebuah lokasi yang luas. Sebelum ini, kawasan ini merupakan pusat pemerintahan kerajaan dan merupakan kawasan larangan bagi orang awam. Binaannya yang berdiri megah dan berusia lebih 600 tahun ini dibina pada zaman Dinasti Ming.

Advertisement

Kedudukan Geografinya terletak di kawasan gempa bumi memerlukannya dibina berdasarkan ciri-ciri khas yang mampu menangkis gegaran gempa.

Mengikut sejarah, bangunan ini menghadapi kira-kira 200 kejadian gempa bumi sejak pembinaannya tetapi ianya masih berdiri teguh. Apakah rahsianya?

Difahamkan, sekumpulan jurutera dan tukang kayu bekerjasama merungkai rahsia kejuruteraan binaan bangunan ini. Mereka mencipta sebuah replika bangunan ini dengan ciri-ciri yang sama ada padanya.

Replika ini dibina pada skala 1 per 5 dari saiz asalnya dan diletakkan pada sekeping papan yang digunakan untuk membuat simulasi gegaran gempa bumi.

Lihat video eksperimen ini:

Menerusi video ini, kita dapat lihat bagaimana mereka mengenalpasti fungsi bahagian kurungan (bracket) yang menghubungkan tiang-tiang dan bahagian utama bangunan ini membolehkan bergerak bebas dan menyokong antara satu sama lain ketika gempa bumi.

Bahagian ini dinamakan sebagaikan dougong.

Menariknya, tiang-tiang tidak ditanam ke dalam bumi sebaliknya dibiarkan terletak di atas bongkahan batu. Ini membolehkan tiang tersebut bergerak bebas ketika kejadian gempa bumi berlaku.

Ini membuktikan bidang kejuruteraan pembinaan bangunan pada zaman dahulu sudah maju dan kemajuan bidang kejuruteraan orang dahulu tidak kurang hebatnya.

Kredit: Elite Readers

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...