Kisah Anak Yatim Hilang Dari Kelas Menangis Di Surau Sekolah

Trending

Kisah Anak Yatim Hilang Dari Kelas Menangis Di Surau Sekolah

Seorang guru bernama berkongsikan kisah seorang anak yatim yang berada di dalam kelasnya di mana dia telah kehilangan ibunya setahun lalu. Namun beliau telah bermimpi sesuatu yang membuatkan dia ingin melawat perkuburan ibunya.

Advertisement

Agak berat jari ini menaip untuk berkongsi kisah ini.

Dalam kelas saya ada seorang anak yatim, namanya Ikmal yang kematian ibunya Feb 2016 lalu.. seorang yang murah senyuman.

Semalam saya cari dia sebab tak masuk kelas, rupanya dia sedang menangis di Masjid.

Katanya semalam dia mimpi maknya datang dan usap kepalanya 3 kali, Dan berkata dah lama tak jenguk mak.. dia nak ziarah kubur maknya.

Saya dapat keizinan mudir (maahad Tahfiz Al-Quran Al-Imam An-Nawawi, MATIN Perlis) untuk bawa Ikmal ziarah kubur maknya di Kampung Tanjong.

Tak dapat menahan kesedihan melihat Ikmal yang terlalu rindukan maknya. Saya cakap, mak Ikmal sedang bahagia di Syurga sekarang. Ikmal kena belajar rajin2 sampai khatam hafal Quran 30 juzuk, jadi anak soleh.

Doakan Ikmal dapat hafal Al-Quran. Hadiahkan Al-Fatihah buat ibunya Rosni Binti Jusoh.

Kredit : Khalil Khusairi Zainol

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...