Kisah 7 Usahawan Terkemuka Di Dunia Yang Bermula Dari Bawah Hingga Berjaya

Trending

Kisah 7 Usahawan Terkemuka Di Dunia Yang Bermula Dari Bawah Hingga Berjaya

Apabila berbicara mengenai kejayaan, setiap dari kita pasti akan persoalkan usaha yang dibuat bagi mencapai kejayaan itu.

Ada orang, usaha sedikit sahaja dah boleh berjaya. Ada orang,mulakan dari bawah dan berusaha bertahun-tahun barulah dapat merasai nikmat kejayaan itu.

Advertisement

Dan 7 orang tokoh usahawan di bawah ini menjadi bukti bahawa kebanyakan kejayaan semuanya bermula dari usaha bawah.

1. Ray Kroc, Pengasas McDonald’s

Beliau masih lagi menjual cawan kertas dan pebagai lagi perkakas dapur pada usianya 52 tahun. McD hanya lahir selepas itu. Terbukti bahawa usia bukanlah penghalang kita. Hari ini mereka menyediakan hampir 400,000 peluang pekerjaan di seluruh dunia.

2. Mary Kay Ash, Pengasas Mary Kay

Masih lagi menjual buku dan kelengkapan rumah dari pintu ke pintu sehingga usianya 45 tahun. Sekarang Mary Kay mempunyai revenue sebanyak 5 Bilion USD setahun dengan 5000 orang staff. Daripada pengalaman beliu menjual pintu ke pintu itulah Mary Kay berjaya berkembang sehingga kini dalam industri jualan langsung.

3. Amancio Ortega, Pengasas ZARA

Beliau menjadi pembantu kedai baju sehingga umurnya 30 tahun. Beliau cukup merendah diri dan tidak suka dikenali orang. Pada tahun 2001 beliau terpaksa muncul di khalayak ramai bila saham ZARA mahu diapungkan buat pertama kali. Pada tahun 2012 beliau menyumbang 20 Juta Euro untuk ‘charity’ sahaja.

4. Vincent Tan, Pengasas Berjaya Group

Beliau masih lagi merupakan seorang kerani bank ketika usianya menjangkau 30-an. Beliau memiliki lebih daripada 30 portfolio jenama perniagaan seperti 7 Eleven, Starbucks Malaysia, Mazda Malaysia, Borders Malaysia dan banyak lagi. Hari ini beliau banyak meibatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan selepas menyerahkan banyak tugas kepada anaknya.

5. Chairul Tanjung, Pengasas CT Group Indonesia

Memiliki lebih daripada 10 cabang perniagaan pernah bermula sebagai tukang fotostat nota pelajar sahaja. Pada hari ini beliau memiliki Bank dan pelbagai gedung besar di Indonesia. Trans TV, Trans Studio dan pelbagai lagi jenama terkenal adalah bisnes milik beliau.

6. Sirivat Voravetvuthikun

Seorang taikun hartanah di Thailand pernah menjual sandwich di tepi jalan pada usianya 55 tahun selepas jatuh bankrap akibat impak kegawatan ekonomi pada tahun 1997. Sekarang beliau kembali jadi jutawan dengan perusahaan Sandwich di tepi jalan tadi.

7. Yusoff Ali, Pengasas Lulu Supermarket

Masih lagi berkuli dan bekerja sehingga usia beliau 35 tahun. Pada usianya 18 tahun, beliau berhijrah ke Abu Dhabi untuk bekerja dengan bapa saudaranya.

Kini pada usianya 63 tahun, Yusoff merupakan antara orang paling kaya di Dubai dengan Networth mencecah 5 Bilion USD dengan jaringan perniagaan ‘kedai runcit’ LuLu.

Itulah 7 orang tokoh usahawan berjaya seperti yang diceritakan oleh saudara Ikram Al-Banjari.

Seorang saudagar jalanan yang sering berkongsi kisah inspirasi serta nasihat yang bernas yang boleh dijadikan pedoman bagi kaki bisnes di luar sana.

Apa sahaja bisnes yang anda lakukan pada hari ini, lakukan dengan penuh kesungguhan kerana setiap usaha yang kita lakukan pada hari ini ialah pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar di luar sana.

Jangan pernah mengeluh dan terus pandang ke hadapan!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...