Kisah 3 Usahawan Dunia Yang Tidak Putus Asa Untuk Jadi Kaya. No 3 Anda Pasti Kenal!

Trending

Kisah 3 Usahawan Dunia Yang Tidak Putus Asa Untuk Jadi Kaya. No 3 Anda Pasti Kenal!

Sebut sahaja perkataan’kaya’,pasti semua orang mahukannya. Tapi untuk menjadi kaya, memerlukan usaha yang besar. Bukan hari ni berbisnes, esok terus boleh jadi kaya.

Advertisement

Mungkin memerlukan usaha yang bertahun-tahun. Semuanya bergantung pada daya tahan masing-masing. Namun,3 individu ini tidak pernah putus asa untuk menjadi kaya.

Mari kita lihat contoh usahawan yang berjaya kerana sentiasa genggam rasa percaya yang mereka pasti berjaya. Mungkin anda tidak percaya yang mereka ini bermula dari bawah dan bermula kecil.

1. Fred Smith – Federal Express

Graduan dari Universiti Yale ini telah menulis kajian mengenai proses pengedaran barang di US.

Smith mendapati pengedar atau pengirim barangan bergantung sepenuhnya kepada pengangkutan trak atau penumpang kapal terbang.

Daripada sini beliau memberikan cadangan untuk syarikat pengangkutan yang lebih efisien.

Beliau menulis bagaimana untuk menambahbaik syarikat pengangkutan, bagaimana syarikat yang mengendalikan penghantaran barangan kecil boleh menjadi suatu perniagaan yang menguntungkan.

Walaupun mendapat gred C bagi laporan subjek ekonomi ini.

Smith menggunakan idea ini untuk menubuhkan syarikat Federal Express pada tahun 1971. Hampir bankrap selepas 3 tahun dan mengalami kerugian satu juta sebulan kerana harga minyak yang meningkat. Smith meminta bantuan General Dynamics untuk dana bantuan tetapi ditolak.

Selalunya orang akan putus asa dan berhenti akan tetapi Smith menggunakan baki 5,000 dolar yang syarikat ada untuk dapatkan lagi wang dana tambahan.

Setelah beroleh 32,000, FedEx berjaya meneruskan lagi operasi mereka untuk beberapa hari sehinggalah mereka dapat dana yang mencukupi untuk pusingan modal.

Harini FedEx adalah syarikat penghantaran gergasi di 220 negara dengan keuntungan 45 bilion setiap tahun.

2. Ferrucio Lamborghini – Lamborghini

Siapa sangka pengasas kereta mewah dunia ini asalnya seorang petani yang mencipta kenderaan traktor. Bisnesnya sangat berjaya dan beliau merupakan antara yang terkaya di Itali.

Beliau memiliki Ferrari dan juga kereta mewah lain.

Bila dia pakai Ferrari, beliau sering alami masalah teknikal dan cuba untuk membaikinya.

Beliau dapati yang Ferrari menggunakan clutch yang sama seperti traktornya. Hal ini menyebabkan kedua-dua kenderaan ini bermasalah apabila dipandu lebih daripada kelajuan normal.

Walaupun setelah dibaiki, mereka dia masih mengalami perkara yang sama.

Kerana terpaksa menunggu terlalu lama untuk bercakap dengan pengasasnya mengenai perkara ini, beliau akhirnya mencipta kereta mewahnya sendiri, Lamborghini.

3. Colonel Sanders – Kentucky Fried Chicken

Banyak perkara yang berlaku dalam hidup Colonel sehingga dia hampir membunuh diri. Pada usia 65 tahun, dia menerima cek keselamatan sosial bernilai 99 dolar. Beliau teramat miskin dan rumahnya terlalu kecil.

Walaupun hampir berputus asa tetapi beliau batalkan niat untuk bunuh diri dan tekad untuk ubah kehidupan. Colonel hanya ada satu kepakaran iaitu memasak dan ayam gorengnya disukai ramai.

Beliau berpindah ke negeri yang berlainan untuk menjual idea resepinya kepada restoran dengan mengharapkan pulangan komisen yang kecil untuk setiap ketul ayam yang terjual.

Hampir lebih 1000 restoran menolak cadangannya sehinggalah restoran yang ke 1010.

Dari restoran yang pertama dan terakhir yang menerimanya inilah, KFC lahir dan digemari penduduk dunia. Sanggupkah anda mencuba hingga beribu-ribu kali?

Kalau ya, pasti anda akan jadi seperti salah seorang daripada mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...