“Kirim Tak Sampai-Sampai..”- Lelaki Ini Rungsing Motosikal ‘Rare’ Dipos Sejak Disember Lalu ‘Ghaib’

Kehidupan

“Kirim Tak Sampai-Sampai..”- Lelaki Ini Rungsing Motosikal ‘Rare’ Dipos Sejak Disember Lalu ‘Ghaib’

Sering kali kita mendengar rungutan pengguna perkhidmatan pos atau kurier yang kadang-kadang tu memang boleh sakit hati kalau kita sendiri yang alami pengalaman tak ‘best’ tu.

Contohnya, barang yang diterima atau dihantar rosak teruk malah ada juga kes barang hilang entah ke mana.

Advertisement

Begitulah yang terjadi pada seorang pemuda yang mendakwa motosikal jenis Yamaha RX-Z miliknya telah ‘ghaib’ dan tidak dapat dikesan setelah dipos kira-kira dua bulan yang lalu.

Kata Zakri, motosikal tersebut telah dipos dari negeri Sabah pada 13 Disember tahun lalu namun sehingga ke hari ini, maklumat pengeposan seperti nombor pengesahan yang diberikan pihak kurier tidak dikemas kini sehinggalah ke hari ini.

Maklumnya lagi, dia ada membuat semakan dan kemas kini terakhir menunjukkan motosikalnya itu telah keluar dari Pusat Pos Laju Tawau pada 5 Januari 2022 untuk proses penghantaran.

Saya sudah semak tracking number tapi tiada update. Kali terakhir saya hubungi Pusat Operasi Pos Laju, mereka kata motosikal saya masih ada di atas kapal dan tidak ada kebenaran untuk berlabuh.

motosikalSumber : Facebook 

Tapi sebelum ini apabila saya hubungi mereka, pihaknya kata motosikal dah sampai Port Klang. Bukannya motosikal saya itu dari negara lain, dari Sabah sahaja.

Apa yang lebih mengecewakan Zakri adalah apabila proses dan syarat diperlukan untuk urusan pengeposan kenderaan itu sangat rumit namun motosikalnya masih tak ‘nampak bayang’ sehingga ke hari ini.

Ujarnya lagi, motosikal itu satu-satunya kenderaan yang dia ada untuk pergi ke tempat kerja dan berharap agar syarikat kurier tersebut dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan secepatnya.

sihir
2 years ago

"Hanya Perlu Gambar & Nama" - Pengamal Perubatan Islam Dedah Taktik Dukun Hantar Sihir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...