Kirim ‘Sate Beracun’ Melalui Penghantar Makanan Untuk Bunuh Bekas Kekasih, Wanita Dipenjara 16 Tahun

Berita

Kirim ‘Sate Beracun’ Melalui Penghantar Makanan Untuk Bunuh Bekas Kekasih, Wanita Dipenjara 16 Tahun

Sekitar April tahun ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dari negara seberang terkorban selepas memakan sate yang dibawa pulang oleh bapanya. Kejadian yang berlaku di Bantul, Yogyakarta itu menjadi tular dan mendapat perhatian ramai selepas kisah sebenar di sebalik kematiannya tersebar.

Selepas siasatan dilakukan, sate tersebut rupanya telah diracun oleh wanita yang merupakan pelanggan bapanya, Bandiman, 47, yang bekerja sebagai penghantar makanan. Menurut laporan, wanita bernama Nani Aprilliani, 25, itu telah meracuni sate berkenaan sebelum meminta Bandiman untuk menghantarnya kepada bekas kekasihnya dengan niat untuk membunuh.

Advertisement

Terkini, selepas perbicaraan dijalankan, Majlis Hakim Pengadilan Negeri Bantul telah menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun kepada Nani selepas didapati bersalah melakukan pembunuhan terancang. Berdasarkan pertimbangan majlis hakim, perbuatan Nani memenuhi pendakwaan yang menyaksikan dia merancang pembunuhan dan akibatnya, orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa, lapor Utusan.

Sebelum melaksanakan rancangan jahatnya, Nani sudah membeli racun secara dalam talian sebanyak tiga kali.”

Menurut Ketua Majlis Hakim Bantul, Aminuddin, hal itu jelas menunjukkan dia memang merancang untuk membunuh bekas teman lelakinya. Difahamkan, hukuman terhadap Nani yang pada mulanya selama 18 tahun dikurangkan kerana bersikap baik sepanjang ditahan serta tidak pernah terlibat dengan sebarang jenayah sebelum ini.

Berdasarkan laporan, ketika kejadian, Nani telah memberi upah sebanyak 30,000 Rupiah kepada Bandiman untuk menghantar sate itu kepada seorang lelaki bernama Tomy.

Namun, Tomy ketika itu tiada di rumah dan isterinya enggan terima sate terbabit kerana tidak mengenali si pengirim lalu menyuruh Bandiman membawa pulang untuk dijadikan juadah buka puasa.

Isteri dan anak keduanya, Naba Faiz Prasetya telah memakan sate itu menyebabkan kanak-kanak itu pengsan namun selepas ke hospital dia disahkan meninggal dunia. Isteri Bandiman pula dilaporkan mengalami muntah-muntah.

Selain itu kami kongsi artikel trending pada pautan di bawah.

Baca: Berang Isteri Minta Pulang Ke Kampung, Suami Tergamak Cekik & Beri Anak Racun Rumpai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...