Kipas Di Rumah Menjadi Perlahan? Ikuti Cara Baiki Kipas Ini Dengan Hanya Bermodalkan RM10

Kehidupan

Kipas Di Rumah Menjadi Perlahan? Ikuti Cara Baiki Kipas Ini Dengan Hanya Bermodalkan RM10

Pastinya anda sering mengalami masalah kelajuan kipas menjadi perlahan secara tiba-tiba. Ataupun mungkin selepas beberapa bulan digunakan ianya tidak lagi laju seperti biasa. Kalau nak beli kipas baru memang membazir, takkan setiap kali tu nak kena beli yang baru kan?

Seorang pengguna Twitter @lutfyhady berkongsikan  tips membaiki kipas yang perlahan dengan hanya bermodalkan tidak sampai RM10 pun. Yang penting bukan sahaja murah tetapi anda boleh lakukan sendiri dengan mudah.

Advertisement

Harga alatan ganti yang diperlukan:
Capasitor: RM4
Solder dengan timah: RM2.10

1. Buka sangkar kipas dan unscrew penutup kepala kipas sehingga terbuka penutup bahagian depan.

2. Tanggalkan telinga kipas iaitu bahagian anda mengerakkan atau menghentikan kipas. Macam kipas jenis ni boleh tarik cabut terus. Tengok dulu kadang-kadang ada jenis kena buka skru dalam tu.

bahagian kipas ditanggalkan
3. Selepas itu, buka penutup motor dan anda boleh nampak kotak hitam iaitu capasitor.

Advertisement

bahagian kipas yang dibuka
4. Haa yang ni kena pergi kedai hardware elektrik atau lampu. Macam saya punya kipas value 1.5 uF(micro-farad).

5. Beli ikut value tu atau untuk kipas yang lama boleh beli value lebih sikit. Saya beli 2.0uF. Jangan beli lebih banyak sebab boleh rosak motor dalam masa jangka panjang. Harga benda ni RM4.

bahagian kipas yang tercabut
6. Macam yang ini saya malas nak buka banyak bahagian sebab nak kena buka pakai nut, penutup besi tu.

7. Memandangkan benda tu dah ada di luar, saya kerat terus dan solder dengan capasitor baru.

bahagian kipas yang dibuka
bahagian kipas yang dibuka
8. Pakai lah tape plastik hitam untuk wire tu, ni saya pakai apa yang ada saja. Solder dengan timah tu semua beli di kedai eco dalam RM2.

bahagian kipas yang dibuka
kipas yang dah dibuka
9. Pasang semua skru balik mcm asal. Dah siap!

Advertisement

Senang saja kan? Rasanya kalau buat ni tak sampai 30 minit dah boleh siap. Cepat, mudah dan tak perlu kos tinggi pun. Selamat mencuba!

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...