Pastinya anda sering mengalami masalah kelajuan kipas menjadi perlahan secara tiba-tiba. Ataupun mungkin selepas beberapa bulan digunakan ianya tidak lagi laju seperti biasa. Kalau nak beli kipas baru memang membazir, takkan setiap kali tu nak kena beli yang baru kan?
Seorang pengguna Twitter @lutfyhady berkongsikan tips membaiki kipas yang perlahan dengan hanya bermodalkan tidak sampai RM10 pun. Yang penting bukan sahaja murah tetapi anda boleh lakukan sendiri dengan mudah.
Harga alatan ganti yang diperlukan:
Capasitor: RM4
Solder dengan timah: RM2.10
1. Buka sangkar kipas dan unscrew penutup kepala kipas sehingga terbuka penutup bahagian depan.
2. Tanggalkan telinga kipas iaitu bahagian anda mengerakkan atau menghentikan kipas. Macam kipas jenis ni boleh tarik cabut terus. Tengok dulu kadang-kadang ada jenis kena buka skru dalam tu.
5. Beli ikut value tu atau untuk kipas yang lama boleh beli value lebih sikit. Saya beli 2.0uF. Jangan beli lebih banyak sebab boleh rosak motor dalam masa jangka panjang. Harga benda ni RM4.
7. Memandangkan benda tu dah ada di luar, saya kerat terus dan solder dengan capasitor baru.
Ngamm, ni baru no.1 speed. Takda video sebelum, slow macam takda kipas ?
Jimat duit dari beli kipas baru dan upah orng baiki min rm30 dan keatas kalau servis dtng rumah. pic.twitter.com/81OiOrdD37
— PeterParker (@lutfyhady) August 20, 2019
Senang saja kan? Rasanya kalau buat ni tak sampai 30 minit dah boleh siap. Cepat, mudah dan tak perlu kos tinggi pun. Selamat mencuba!
Sumber: Twitter