Kini Sudah Botak, Ari Lasso Jalani Kemoterapi Rawat Kanser

Hiburan

Kini Sudah Botak, Ari Lasso Jalani Kemoterapi Rawat Kanser

Penyanyi terkenal Indonesia, Ari Lasso memaklumkan yang dia mula mengalami keguguran rambut sehingga botak selepas menjalani rawatan kemoterapi ketiga bagi merawat penyakit kanser limfoma tahap dua yang dihidapinya.

Elyana
3 years ago

"Berhenti Kongsi Cerita Pesakit Kanser Mati.." - Elyana Rayu Peminat Fahami Keadaannya Kini

Advertisement

Perkara tersebut turut dikongsikan oleh Ari menerusi sebuah posting di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya.

Memberanikan diri posting. Kemoterapi yang ketiga sudah separuh jalan, saya boleh terus jalani kerana penyertaan Tuhan, doa dan sokongan kalian semua.

Menurut Ari dalam nada berseloroh, dia kini sudah botak seperti Ahmad Dhani, Deddy Corbuzier dan Anji Manji namun dia masih yakin yang rambutnya masih boleh tumbuh dengan lebat semula.

Dalam hantaran tersebut juga, bekas vokalis kumpulan Dewa 19 itu turut mengepilkan sekeping gambarnya yang dilihat sedang memakai pakaian hospital serta menyarung beanie untuk menutup kepalanya.

Tambah Ari, dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dirinya dan berharap semoga doa serta kasih sayang semua orang terhadapnya dibalas oleh Tuhan.

Ari Lasso

Terdahulu, penyanyi itu mengejutkan ramai peminatnya apabila mendedahkan yang dirinya menghidap kanser limfoma tahap dua pada awal September lalu.

Kanser limfoma yang dihidap Ari adalah jenis Diffuse large B-cell lymphoma (DLBCL) dan kanser tersebut dikesan selepas dia mendapatkan rawatan di hospital kerana sakit perut melampau.

Sekadar info, Ari Lasso turut mendedahkan yang keluarga sebelah ibunya sememangnya memiliki genetik penyakit kanser dan dua orang kakaknya merupakan bekas pesakit kanser payudara tahap tiga dan empat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : KOSMO

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...