Pelakon dan juga model, Rita Nadira telah mengesahkan bahawa hubungan istimewanya bersama Ezzrin Loy kini sudah pun berakhir.
Rita yang tidak menafikan perihal tersebut turut berkata dirinya kini lebih selesa untuk memberikan fokus terhadap kerjaya modeling dan lakonan.
“Saya kini solo. Semenjak tahun lalu, kami berdua telah mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian terhadap kerjaya masing-masing,”
Walaupun sudah berpisah dan membawa haluan masing-masing, Rita menjelaskan bahawa hubungan dia dengan adik kepada Elfira Loy itu masih baik dan tidak mempunyai sebarang masalah.
Malah, ibu kepada Ezzrin merupakan pengurusnya dan masih berkawan baik dengan anaknya itu.
View this post on Instagram#JULIET Blouse from @misslilyshop ? @zeelproduction @tv1_rtm @rtm_malaysia
“Saya dan Ezzrin masih lagi menjalinkan hubungan baik. Ibunya merupakan pengurus saya dan kami masih kawan, tak ada gaduh-gaduh pun. Dia fokus kerja, saya pun fokus kerja.. kami memutuskan untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap karier,”
Terbaru, Rita Nadira kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri 26 episod berjudul Juliet arahan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.
Rita dilaporkan memegang watak sebagai Julia di samping Redza Rosli sebagai hero dalam drama tersebut. Antara pelakon lain yang terlibat adalah seperti Rozita Che Wan, Haliza Misbun, Azza Elite dan ramai lagi.
Sumber : Media Hiburan