Pelawak sensasi, Shuk Sahar khabarnya sedang berada di Mekah bagi tujuan menunaikan umrah.
Dia yang sebelum ini ada meluahkan rasa hati tentang prosesnya untuk cuba memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini dalam rumah tangganya.
Luahan itu telah mengundang pelbagai respon di mana rata-ratanya mendoakan agar Shuk Sahar dapat istiqamah dan berubah untuk ke arah yang lebih baik.
Baru-baru ini, Shuk ada memuat naik foto yang memaparkan suasana di tanah suci dan turut menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang menjejakkan kaki ke sana.
Alhamdulillah aku sampai. Doakan aku dapat lupakan sekejap urusan dunia yang tak akan pernah habis Ya Allah.
Menjengah ke ruangan komen, mata netizen lebih tertumpu kepada komen wanita yang telah dikaitkan dengan kontroversi rumah tangga Shuk dan isteri, Rossa Serra iaitu Fara Salleh.
Fara dilihat meninggalkan komen “Alhamdulillah finally” dan satu emoji bunga ros di tepi.
Bekas pengacara program I Can See Your Voice itu kemudian dilihat membalas komen Fara dengan mengucap kembali Alhamdulillah dan terima kasih.
Terdahulu, Shuk dan Rossa Sera mula menjadi buah mulut orang ramai mengenai pendedahan isterinya mengenai perlakuan curang pengacara itu dengan seorang wanita bernama Fara Salleh.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.