Setelah sekian lama diselumbungi dengan hal-hal misteri dan kejadian aneh, pelakon Mikail Andre akhirnya menceritakan keperitan yang telah keluarganya hadapi sejak lima tahun yang lalu.
Menurut Mikail atau nama sebenarnya, Mohammad Mikail Andre Nazrul Andre, dia dan keluarganya sudah tidak mampu lagi apabila gangguan yang diterima oleh mereka sudah semakin kerap dan menakutkan.
Gangguan mistik yang dialami ini bukan baru berlaku, sebenarnya dah lama dah cuma kami tak expose je. Tapi kini semakin teruk.. ia berlaku hari demi hari.
View this post on Instagram
Kisah gangguan misteri anak kepada pelakon veteren hebat iaitu Khatijah Tan ini semakin menjadi perbualan orang ramai selepas dia berkongsikan hal ini di akaun media sosialnya, Facebook.
Tambahnya lagi, dia mula menyedari kehidupannya sering diganggu dengan perkara misteri bermula selepas pulang dari satu pengambaran sebuah drama lima tahun lalu.
Saya dan abang pergi berubat, ustaz kata kami diganggu oleh benda halus dari set penggambaran tu.
Mikail enggan menuding jari kemana-mana pihak dan hanya menganggap perkara yang terjadi terhadap dirinya serta keluarga merupakan salah satu ujian buat mereka.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.