Penyanyi Ismail Izzani yang agak berlainan penampilannya jika dibandingkan dengan waktu dahulu tampil lebih sasa atau ‘sado’ ketika ini.
Difahamkan, penyanyi lagu Bidadari ini menjalani rutin senaman dan diet yang ketat selama tujuh bulan demi mendapatkan bentuk tubuh badan impian.
View this post on Instagram
Mengakui bukan mudah untuk tampil seperti itu, Ismail berkata dia menerima tunjuk ajar daripada jurulatih kesihatan bertauliah dan perlu mengikuti senaman di gimnasium secara konsisten.
Ujarnya lagi, dia sudah lama melakukan senaman kesihatan di gimnasium sejak tahun 2017 namun terpaksa melupakan seketika kerana tuntutan kerja.
View this post on Instagram
“Dalam masa tujuh bulan saya pergi gim lima kali seminggu, saya juga makan ayam seekor sehari untuk lunch, semua rutin ini dikawal oleh jurulatih yang menjaga pemakanan saya. Sejujurnya senaman di gim tak susah, nak makan banyak tu yang susah, pertama kali makan sebanyak itu memang saya muntah sebab tak tahan, tapi selepas seminggu perut dah boleh terima..”
Dia yang ditemui media ketika majlis pelancaran lagu Irama Aidilfitri dan video muzik Habib yang diadakan di EQ Hotel, Kuala Lumpur, semalam.
Ismail dalam pada itu berpuas hati dengan berat badan yang dicapai dan berkata dia kini lebih berkeyakinan apabila berjumpa orang ramai.
View this post on Instagram
Hanya ingin sihat dan cergas, Ismail berkata sebab utama dia sering berkongsikan foto sewaktu berada di gim adalah kerana ingin memberi motivasi kepada mereka di luar sana agar menjaga kesihatan tubuh badan.
“Saya juga mahu beritahu orang ramai yang mereka masih belum terlambat untuk mulakan aktiviti sihat ini sebab pakcik saya sendiri yang berumur 40 tahun pun dah mula buat badan..” ujarnya mengakhiri temubual.