Kini Lebih Mudah, KWSP Perkenal Ciri i-Akaun Secure Dengan Kelulusan ‘One-Tap’

Teknologi

Kini Lebih Mudah, KWSP Perkenal Ciri i-Akaun Secure Dengan Kelulusan ‘One-Tap’

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memperkenalkan ciri keselamatan baharu pada aplikasi mudah alih KWSP, iaitu i-Akaun Secure. Ciri ini membolehkan kelulusan transaksi dalam talian secara ‘one-tap’, sama dengan langkah keselamatan bank seperti Secure2u Maybank atau SecureTAC CIMB.

Dengan ciri ini, pengguna tidak lagi perlu menunggu kod enam digit melalui SMS untuk mengesahkan transaksi dalam aplikasi. Namun, ciri ini tidak boleh digunakan untuk meluluskan transaksi dalam talian melalui laman web desktop KWSP.

Advertisement

KWSP ONe tap secure

i-Akaun Secure hanya boleh dipautkan kepada satu peranti sahaja. Bagi pengguna sedia ada, tiada tindakan diperlukan kerana proses ini dilakukan secara automatik. Jika telefon hilang, pengguna perlu menghubungi KWSP atau mengunjungi pejabat untuk mematikan ciri ini.

Untuk mengaktifkannya, pastikan notifikasi push diaktifkan dalam tetapan aplikasi KWSP. Ciri ini kini terhad kepada pengeluaran Akaun 3 (Akaun Fleksibel), tetapi KWSP merancang untuk mengembangkannya ke transaksi lain pada masa akan datang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Honor perkenal telefon pintar mampu kesan deepfake AI
1 week ago

HONOR Magic7 Pro Mampu Dedah 'Scam' Dalam Talian Menggunakan Teknologi AI Deepfake Detection

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...