Pelakon remaja yang namanya mula dikenali ramai sejak membintangi drama Nur suatu ketika dahulu, Atiq Azman memberitahu bahawa dia kini kembali membuat kerja ‘lamanya’ sebelum bergelar pelakon.
Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah itu mendedahkan bahawa dia kini kembali berniaga sotong gergasi celup tepung bertempat di kawasan perumahannya yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur.
Dia dilihat telah berkongsikan mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya, baru-baru ini.
View this post on Instagram
“Alhamdullilah. Sotong gergasi is back, siapa nak try sotong gergasi Atiq boleh datang di Taman Kota Cheras Blok B okay. Ada hotdog, ayam lidi, ayam gunting dan sotong gergasi. Walaupun Atiq dah berlakon sana sini, tak salah pun. Biar lah kerja kutip sampah tepi-tepi jalan sapu sampah ke apa biarlah, sebab itu akan datangkan hasil yang halal..”
Berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kali kedua (PKP 2.0) yang membataskan pergerakan serta aktiviti lakonan untuk sementara waktu, Atiq menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak berasa malu untuk berniaga seperti suatu ketika dahulu meskipun sudah bergelar artis.
View this post on Instagram
“Tengah PKP ni tak boleh nak shooting, takpela kita meniaga macam dulu balik pun takpe. Tak salah buat kerja macam ni dan buat apa nak malu buat kerja macam ni..”
Atiq Azman yang sebelum ini mengguna pakai nama Raja Atiq sebagai nama komersial turut berkebolehan mengaji dan mengalunkan ayat Al-Quran dengan merdu serta merupakan bekas penuntut Maahad Tahfiz Nurul.