Kini Jual Pewangi Kereta Dan Rumah, Saharul Ridzwan Tak Ralat Keluar Modal Hampir RM250,000 Untuk Berniaga

Hiburan

Kini Jual Pewangi Kereta Dan Rumah, Saharul Ridzwan Tak Ralat Keluar Modal Hampir RM250,000 Untuk Berniaga

Pelakon drama Cinta Sekali Lagi, Saharul Ridzwan berkata kini sudah tiba masa untuk dirinya menceburkan diri dalam bidang perniagaan setelah hampir 10 tahun bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Saharul RidzwanSumber : Instagram Saharul Ridzwan  

Saharul yang ditemui media menjelaskan, antara sebab dia berfikir untuk mula berniaga adalah kerana kurangnya tawaran lakonan sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara sejak daripada tahun lepas.

Advertisement

Kini, dia difahamkan telah mengasaskan perniagaan berasaskan haruman kediaman dan kenderaan yang diberi nama Ode Scents.

Saharul dalam pada itu turut memberitahu bahawa dia pernah gagal beberapa kali dalam perniagaan namun ianya tidak mematahkan semangat untuk terus mencuba dan berjaya dalam bidang baru yang diceburinya kini.

“Disebabkan pandemik ini, tawaran lakonan pun kurang, dari situ saya fikir untuk menjalankan perniagaan dan fikir apa yang paling sesuai. Sebelum ini saya pernah berniaga beberapa kali, tetapi gagal. Saya pernah berniaga serunding tapi tak berjaya dan mengalami kerugian. Tapi kali ini saya ingin jalankan perusahaan ini dengan baik dan turut dibantu dengan bimbingan rakan kongsi saya, Nadzir Samsuddin yang mempunyai pengalaman dalam perniagaan haruman.”

Malah, kata pelakon ini lagi, dia juga telah mengeluarkan modal sebanyak RM250,000 bersama rakan kongsinya untuk menjayakan perniagaan tersebut.

Sama sekali tidak berasa ralat atau kesal mengeluarkan modal sebanyak itu, Saharul berkata dia juga ingin belajar dengan lebih mendalam selok-belok dunia perniagaan dan mengamalkan konsep ‘kalau tak jadi, kita cuba lagi sampai jadi’.

Produk Ode Scents milik Saharul menampilkan haruman untuk kediaman dan kenderaan yang terdiri daripada lima jenis haruman iaitu Island Escape, Perfect Peony, English Fresia, Summer Dream dan Wild Fig.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...