Kini Jual Mi Udang, Ezzaty Abdullah Turun Dapur Semula Tampung Pendapatan Tika PKP

Hiburan

Kini Jual Mi Udang, Ezzaty Abdullah Turun Dapur Semula Tampung Pendapatan Tika PKP

Perlaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kali kedua (PKP 2.0) yang dilanjutkan sehingga 4 Februari depan nampaknya telah membuatkan pelakon Ezzaty Abdullah meneruskan semula perniagaan makanan berasaskan mi udang yang pernah diusahakannya sebelum ini.

Ezzaty AbdullahSumber : Instagram Ezzaty Abdullah  

Berikutan beberapa projek penggambaran terpaksa ditangguhkan sepanjang tempoh PKP ini, pelakon drama Cinta Sekali Lagi ini berkata dia ingin menjana pendapatan sampingan dengan mengusahakan semula penjualan makanan itu.

Advertisement

Tambah Ezzaty, dia kini tidak melakukan apa-apa aktiviti melainkan hanya duduk di rumah maka idea berniaga barang makanan tercetus memandangkan dia pernah mengusahakan perniagaan mi udang sebelum ini.

“Saya baru mula meniaga semalam (Jumaat) selepas ramai buat permintaan. Lagi pun bosan duduk rumah tak buat apa, jadi lebih baik lalau saya buat sesuatu yang boleh tampung pendapatan sepanjang PKP ini. Sebelum ini saya berniaga pes mi udang, ramai pula yang tertanya-tanya kenapa tak buat yang dah siap..itu yang datang balik idea nak fokus semula jual mi udang tu, cumanya sehari dua ni tempahan tak ambil banyak kerana pergerakan yang terhad nak hantar ke rumah pelanggan.”

Mengakui pendapatannya sebagai pelakon agak terjejas sepanjang PKP ini, Ezzaty berkata dia mengambil keputusan untuk berniaga kerana terpaksa menanggung kos operasi spa miliknya yang ditutup sepanjang tempoh darurat ini.

View this post on Instagram

A post shared by @meeudang_kaklong

Dia dalam pada itu turut berharap agar situasi pandemik ini segera berakhir agar keadaan kembali pulih seperti biasa.

Perkembangan terkini, Ezzaty kini dapat dilihat lakonannya menerusi drama terbaru slot Akasia (TV3) yang berjudul Rahimah Tanpa Rahim bersama-sama dengan pelakon hebat lain seperti Puteri Aishah, Azlee Khairi dan Hafidz Roshdi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...