Kini Jual Laksa Dan Mi Kari Bantu Suami, Ina Naim Tak Peduli Tohmahan Meskipun Sering Dikecam

Hiburan

Kini Jual Laksa Dan Mi Kari Bantu Suami, Ina Naim Tak Peduli Tohmahan Meskipun Sering Dikecam

Meskipun dihimpit dengan pelbagai cerita yang tidak enak didengar, Ina Naim berkata dirinya enggan terlalu memikirkan mengenai kata-kata orang yang mungkin tidak memahami cabaran hidupnya sehingga kini.

Ina Naim Suhaimi SaadSumber : Instagram Suhaimi Saad  

Ina Naim atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim,37, yang mula dikenali setelah putus kasih bersama Asmawi Ani ataupun Mawi AF kini dikatakan terpaksa bersusah payah menanggung suami dan anak-anak.

Advertisement

Ini berikutan suami Ina iaitu penyanyi nasyid Suhaimi Saad,41, kini dipercayai mempunyai masalah penglihatan mata yang terhad.

Malah, Ina dikatakan terpaksa menyara seisi keluarga dan seelah itu muncul pula desas-desus mengatakan bahawa Suhaimi telah menggunakan wang program i-Sinar milik Ina untuk menghasilkan album lagu nasyid bersama anak-anak.

Enggan berdiam diri, Ina tampil menafikan dakwaan sesetengah netizen itu dan berkata bahawa suaminya masih lagi menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan bapa kepada anak-anak mereka meskipun menghadapi masalah penglihatan mata yang buruk.

“Alhamdullilah..suami saya masih lagi pikul tugas biarpun keadaannya tidak berapa sihat. Cuma sekarang ini saya kena lebih bertenaga dan kuat sebab suami tak boleh nak drive lagi akibat masalah mata dia. Walaupun begitu, dia tetap menjalankan tanggungjawab lain dengan baik. Suhaimi masih lagi boleh menyanyi, buat lagu dan persembahan.Kalau ada waktu terluang, dia akan mengurut orang lelaki selain uruskan pembelajaran anak-anak.”

Ina dalam pada itu menjelaskan bahawa dia juga kini sedang berjinak-jinak dalam menjalankan perniagaan berasaskan makanan berupa laksa dan mi kari.

Malah, Ina juga merasakan bahawa perniagaan tersebut sesuatu yang dianggap sebagai bermanfaat dan sama sekali tidak berasa susah atau lelah kerana apa yang dilakukannya itu ikhlas dari hati dan memang menjadi minatnya untuk memasak.

Menurut Ina lagi, dia tidak pernah terkesan dengan segala kecaman dan tohmahan netizen terutama isu membabitkan suaminya, Suhaimi Saad.

“Untuk kecaman atau apa-apa yang negatif, saya memang tak pernah ambil kisah..dengar dan baca tapi tak simpan dalam hati. Dari awal saya popualr dulu, memang tak ambil pusing hal-hal macam ni. Lagi-lagi membabitkan hal suami saya..dia memang tiada rahsia langsung dengan saya. Apa yang dia buat, dia akan jujur cerita dengan saya. Semua aplikasi yang di buat untuk khidmat urut, dia akan tunjuk dekat saya.”

Ina juga berpendapat bahawa mereka di luar sana yang gemar mengecam dan berkata buruk mungkin akan diuji Allah pada suatu hari nanti, tidak di dunia mungkin di akhirat kelak.  Isteri kepada penyanyi nasyid ini juga menyerahkan segala urusan kepada Allah dan hanya mampu berdoa.

Terdahulu, Suhaimi dan Ina telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie,13, Sallman El-Khoyri,11, Phyrosh Efadwah,9, dan Nurlalyla Elghufrony yang kini berusia 7 tahun.

Sebelum ini media tempatan melaporkan bahawa Suhaimi kini menghidapi sakit mata kronik sejak tahun 2019 dan memerlukan bantuan isteri untuk melakukan tugas-tugas harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...