Kini Jual Baju Tidur Kanak-Kanak, Ali Puteh Tadah Tangan Tiap Kali Ada Pembeli

Hiburan

Kini Jual Baju Tidur Kanak-Kanak, Ali Puteh Tadah Tangan Tiap Kali Ada Pembeli

Pelawak terkenal, Ali Puteh difahamkan sedang mengusahakan perniagaan menjual baju tidur kanak-kanak di TikTok.

Menganggap ia sebagai salah satu cara untuk menambah pendapatan, Ali dilihat menjual pelbagai variasi baju tidur saiz kanak-kanak seperti Baby Shark, Hello Kitty, Spiderman dan banyak lagi karakter kartun yang ada.

Advertisement

Dalam siaran langsung itu, Ali turut memperagakan baju-baju yang tersedia dengan harga RM28 bagi setiap tiga pasang.

Jangan salah sangka. Kalau orang lain nak cakap saya jual mahal, terpulang. Saya tak jual sepasang, tapi sekali tiga set.

Dia juga sempat menadah tangan tanda syukur setiap kali penonton membeli baju yang dijualnya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat menyokong kegiatan Ali dan menasihatkan agar pelawak itu terus maju ke hadapan bagi mencari rezeki.

Terdahulu, Ali Puteh telah diperintahkan untuk membayar RM60,000 kepada balu abangnya, Siti Nor Hidayah di atas tuduhan fitnah yang pernah dilemparkan sebelum ini.

Dolla
1 year ago

(VIDEO) "Baju Pun Sopan Je.." - Dolla Buat Persembahan Di Majlis Iftar, Reaksi Pelajar Tahfiz Jadi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Oh Bulan!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...