Kini Jadi Geng Basikal, Akim Ahmad Sentiasa Ingatkan Diri Tak Mahu Membazir

Hiburan

Kini Jadi Geng Basikal, Akim Ahmad Sentiasa Ingatkan Diri Tak Mahu Membazir

Penyanyi Akim Ahmad khabarnya sudah mula berjinak-jinak dalam sukan berbasikal bagi tujuan mengisi masa lapang ketika negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari.

https://www.instagram.com/p/CAzJVPPDmRZ/
3 years ago

Akim Ahmad Balas Dakwaan Influencer Vietnam, Perjelas Sebab Sebenar Ubah Konsep Muzik Video 'Rampas'

Advertisement

Ujar Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, dia mula berminat untuk mengayuh dan bermula dengan membeli basikap lipat terpakai.

Namun begitu, suami kepada penyanyi Stacy Anam ini berkata dia enggan membazir dan mengeluarkan kos yang tinggi hanya semata-mata untuk berbasikal.

Bermula dengan basikal lipat yang dibeli ‘second hand’, saya kini memiliki basikal yang gear tidak boleh diubah. Tidaklah terlalu mahal, namun harganya bersesuaian dengan orang yang masih baru seperti saya. Bagi saya, tidak perlu membelanjakan terlalu mewah.

Saya masih baru dan tidaklah terlalu hebat lagi. Cukuplah dengan apa yang dibeli berdasarkan kajian yang dibuat untuk beberapa tempoh. Saya hanya ingin mengembangkan lagi kemahiran dalam sukan basikal.

Dalam pada itu, Akim juga dilihat gemar berkongsi foto-foto dia berbasikal di laman Instagram dan kerap mengayuh basikal dari rumahnya ke studio.

“Saya mengayuh dari rumah ke studio, walaupun tidak terlalu jauh tetapi keadaan jalan yang berbukit-bukit membuatkan keluar juga peluh jantan saya…” tambahnya lagi.

Akim yang ditemui sebuah media turut berkata bahawa sukan berbasikal dapat membantu mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan selain menyumbang daripada segi stamina.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...