Kini Jadi Duta Makanan Pisang Salai, Saharul Ridzwan Tak Mahu Ambil Risiko, Rancang Masa Depan

Hiburan

Kini Jadi Duta Makanan Pisang Salai, Saharul Ridzwan Tak Mahu Ambil Risiko, Rancang Masa Depan

Pelakon Saharul Ridzwan baru-baru ini meluahkan perasaan mengenai kerjayanya sebagai seorang anak seni tidak akan selamanya bersinar sehingga ke hari tua dan kini memulakan langkah untuk tidak mahu bergantung kepada pendapatan melalui bidang lakonan semata-mata.

Justeru, Saharul atau nama sebenarnya Mohd. Saharul Ridzwan,31, berkata dia perlu bersiap sedia dengan merancang masa depan terutamanya dari sudut kewangan ketika dirinya masih ‘diperlukan’ dalam industri seni.

Advertisement

Sehubungan dengan itu, pelakon drama Cinta Sekali Lagi ini telah mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam perusahaan dan membina empayarnya yang tersendiri.

 

“Saya terfikir kalau satu hari nanti secara tiba-tiba saya hilang mata, cacat fizikal tubuh badan ke, masa itu ada ke orang nak ambil saya berlakon lagi. Waktu itu mungkin saya dah tiada apa lagi nak ‘dijual’ dalam industri seni. Itu yang menjentik hati saya untuk ceburi bidang perniagaan sebagai pendapatan sampingan.”

Memikirkan dirinya sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak untuk ditanggung, Saharul berkata dia perlu berfikiran jauh dalam merancang masa depan dan bukannya untuk tempoh jangka pendek.

Saharul baru-baru ini telah ditemui media ketika majlis pelancaran produk makanan ringan Palut’s Food di Puncak Alam, Selangor di mana dia telah dilantik sebagai duta kudapan Banana Salai Crispy.

Sebelum ini, Saharul Ridzwan pernah dikritik kerana mempromosikan perniagaan pisang berangan di Instagram dan didakwa sudah tidak mempunyai tawaran dalam bidang lakonan seperti dulu. Namun, bintang drama Korban Kasih ini meluahkan rasa syukur kerana pendapatannya bertambah dua kali ganda meskipun negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...