Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kini Jadi Duta Makanan Pisang Salai, Saharul Ridzwan Tak Mahu Ambil Risiko, Rancang Masa Depan

Pelakon Saharul Ridzwan baru-baru ini meluahkan perasaan mengenai kerjayanya sebagai seorang anak seni tidak akan selamanya bersinar sehingga ke hari tua dan kini memulakan langkah untuk tidak mahu bergantung kepada pendapatan melalui bidang lakonan semata-mata.

Justeru, Saharul atau nama sebenarnya Mohd. Saharul Ridzwan,31, berkata dia perlu bersiap sedia dengan merancang masa depan terutamanya dari sudut kewangan ketika dirinya masih ‘diperlukan’ dalam industri seni.

Advertisement

Sehubungan dengan itu, pelakon drama Cinta Sekali Lagi ini telah mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam perusahaan dan membina empayarnya yang tersendiri.

 

Advertisement

“Saya terfikir kalau satu hari nanti secara tiba-tiba saya hilang mata, cacat fizikal tubuh badan ke, masa itu ada ke orang nak ambil saya berlakon lagi. Waktu itu mungkin saya dah tiada apa lagi nak ‘dijual’ dalam industri seni. Itu yang menjentik hati saya untuk ceburi bidang perniagaan sebagai pendapatan sampingan.”

Memikirkan dirinya sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak untuk ditanggung, Saharul berkata dia perlu berfikiran jauh dalam merancang masa depan dan bukannya untuk tempoh jangka pendek.

Saharul baru-baru ini telah ditemui media ketika majlis pelancaran produk makanan ringan Palut’s Food di Puncak Alam, Selangor di mana dia telah dilantik sebagai duta kudapan Banana Salai Crispy.

Sebelum ini, Saharul Ridzwan pernah dikritik kerana mempromosikan perniagaan pisang berangan di Instagram dan didakwa sudah tidak mempunyai tawaran dalam bidang lakonan seperti dulu. Namun, bintang drama Korban Kasih ini meluahkan rasa syukur kerana pendapatannya bertambah dua kali ganda meskipun negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Suzanne

    January 21, 2021 at 2:08 pm

    org mesia ni..kalau x nampak kt tv je..di fikir..sendu lah tuw..kamon la wake up la wahai melayu netizen fikiran kampung..org lain dah jauh ke depan..artis sekarang pun dah x mcm dulu..sbb mmg sudah terang lagi bersuluh, kalau mengharap kpd pendapatan berlakon shj..lagi2 industri seni di malaysia ni mcm sekadar ada je..maksudnye bukan level hollywood/bolly kan, mmg artis kena buat something else.saharul antara yng bijak ambik peluang..lagi satu aku ade baca pasal wawa semalam..ade netizen komen..bolehla..ngkau artis..lajula produk jalan semua kan..nak je aku hempuk org tu..yes biatch..mmg sbb dia artis..dia ambil peluang..ko hingat,the moment dia terfikir nk jd artis tu bukan satu usaha ke tu?x kisahla sbb dia cantik ke..berlakon mcm kayu ke..diorg ni semua struggle mcm manusia biasa..there are no different..gile ke..aku kalau jd artis pun aku ambik peluang meniaga..stupid netizens..yang tak ambik peluang tu aku rasa b***..malaysia is a 3rd world country,even us,europe economy pun dah nk collapse..so usaha la ape2 selagi boleh…sekian ranting aku..semoga semua diberi kemudahan hidup dunia dan akhirat..amin

Loading...
To Top