Kini Hamil, Sari Yanti dan Jep Sepahtu Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga

Hiburan

Kini Hamil, Sari Yanti dan Jep Sepahtu Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga

Pelakon dan juga isteri kepada pelawak Jep Sepahtu baru-baru ini telah mengumumkan berita gembira di mana dia kini sedang hamil menerusi Instagram Stories dalam segmen ‘Ask Me Question’ bersama peminat.

Sari Yanti JepSumber : Instagram Sari Yanti  

Sari Yanti mendedahkan perkara itu apabila dia ditanyakan sama ada benar atau tidak berita mengenai dirinya kini sedang berbadan dua.

Advertisement

“Betul ke Kak Sari mengandung lagi?” tanya individu berkenaan kepada pelakon cantik itu.

Menurut Sari, dia enggan berselindung lagi apabila ramai peminat bertanyakan soalan yang sama kepadanya. Lalu, dia mengakui bahawa dia kini sedang hamil anak ketiga hasil perkongsian hidup bersama Jep Sepahtu.

IG Sari YantiSumber : Instagram Sari Yanti  
IG Sari YantiSumber : Instagram Sari Yanti  
IG Sari YantiSumber : Instagram Sari Yanti  

Dalam pada itu, Sari turut mendedahkan bahawa kehamilannya kali ini sebenarnya untuk kali yang ketujuh di mana dia mengakui pernah keguguran sebanyak dua kali sebelum ini.

Terdahulu, pelakon drama Kisah Kaisara ini mendapat perhatian peminat apabila fotonya bersama pelakon Scha Alyahya seolah-olah memperlihatkan dirinya sedang berbadan dua.

View this post on Instagram

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti)

Sekadar info, Sari Yanti dan Jep Sepahtu telah mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017 yang lalu. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Dariya Inara dan Muhammad Khidir. Sari juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinannya yang terdahulu iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...