Kini Giliran Rakyat Malaysia Memikul Tugas Memerangi COVID-19, Tiba Masanya Frontliners “Berehat”

Hiburan

Kini Giliran Rakyat Malaysia Memikul Tugas Memerangi COVID-19, Tiba Masanya Frontliners “Berehat”

Tidak pernah sesekali kita menyangka bahawa tahun 2020 adalah antara tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Ternyata wabak COVID-19 yang telah menular sejak awal tahun, bukan sahaja memberi impak yang cukup ketara kepada rakyat Malaysia, tetapi seluruh warga dunia.

Walaupun demikian, setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Ternyata, ramai rakyat Malaysia telah tampil untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan. Bukan sahaja kepada golongan yang kurang berkemampuan, tetapi sumbangan terhadap pihak frontliners juga.

Advertisement

Walapun pada awal PKP, ramai rakyat Malaysia masih lagi “tidak biasa” dengan norma baru, inilah hakikatnya, dan demi kebaikan bersama “pengorbanan” anda juga adalah satu sumbangan.

Maklumlah, rakyat Malaysia suka meluangkan masa rakan-rakan dan keluarga, bersenam, dan pelbagai aktiviti luar kerap dijalankan. Tambahan lagi pada bulan Ramadan kali ini, ketiadaan bazar pastinya menyuramkan suasana berpuasa.

Tetapi Alhamdulilah, jumlah kes COVID-19 pun makin menurun dan ini semua disebabkan oleh kesemua rakyat Malaysia dan frontliners yang berganding bahu untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Jasa dan pengorbanan frontliners pastinya tidak akan terbalas. Dari petugas hospital hinggalah ke abang pos kita dan juga penghantar makanan, terima kasih diucapkan atas segala usaha anda untuk memastikan rakyat Malaysia kekal selamat di rumah.

Pasti anda diluar sana mengenali individu-individu yang mungkin bukan seorang frontliner tetapi telah menyalurkan pelbagai jenis sumbangan atau bantuan untuk sama-sama memerangi COVID-19 ini.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih.

Pelbagai pihak dan badan bukan kerajaan telah tampil ke hadapan untuk menghulurkan sumbangan demi meringankan beban semua frontliners dan juga mereka yang memerlukan. Oleh itu, pihak Sunway telah menyunting sebuah video untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat.

Savor of Life

Savor Of Life, antara pihak yang telah menyumbangkan hampir 400 bungkusan makanan kepada frontliners yang telah berhempas pulas memastikan kita selamat berada di rumah dan hanya keluar jika perlu.

Dalam kesibukan harian demi memutuskan rantaian COVID-19, kadangkala waktu makan atau berbuka pun boleh lupa dibuatnya. Oleh itu bantuan tersebut diharapkan dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka.

Tidak dilupakan juga pada golongan lain yang memerlukan seperti warga emas, penghuni rumah kebajikan, dan anak yatim. Alhamdulilah , pihak SESO Malaysia telah berjaya menyumbangkan bantuan ke kira-kira 16 rumah kebajikan setiap minggu semenjak penguatkuasaan PKP.

Terima kasih diucapkan kepada PPE Re-Imagineering Group Against COVID-19

Pihak PPE Re-Imagineering Group Against COVID-19 ini telah berjaya menyumbangkan sebanyak 30 ribu pelindung muka kepada frontliners dan mereka yang memerlukan.

Harus diingatkan bahawah mereka ini bukan sahaja pihak yang telah menghulurkan bantuan. Banyak lagi pihak seperti Mercy Malaysia telah bertungkus-lumus untuk memastikan kebajikan mereka yang memerlukan sentiasa dipelihara.

Diharapkan agar kita semua, jika mampu menyumbangkan sedikit sebanyak sama-sama berganding bahu untuk meringankan beban golongan-golongan tersebut.

Pihak Sunway ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada NGO kerana menghulurkan apa jua bantuan yang diperlukan kepada pihak frontliners dan semua golongan yang memerlukan.

Di Aidiliftiri atau bulan Syawal ini, ternyata sambutan memang cukup berbeza. Tiada lagi majlis keramaian, salam-salaman atau apa-apa aktiviti berkumpulan. Tiada lagi ziarah-menziarahi, hanya dengan keluarga berdekatan sahaja.

Tetapi jika dilihat dari sudut yang lain, ternyata perpaduan dan penyatuan rakyat Malaysia akan memastikan wabak COVID-19 ini akan dibendung dan seterusnya memutuskan rantaian jangkitan.

Tiba masanya barisan hadapan ‘berehat’, kini rakyat pikul tanggungjawab memerangi COVID-19 – PM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...