Kini Gigih Jual Apam Di Rumah Sebab Tiada Tawaran Berlakon, Ini Respon Izreen Azminda

Hiburan

Kini Gigih Jual Apam Di Rumah Sebab Tiada Tawaran Berlakon, Ini Respon Izreen Azminda

Pelakon yang pernah dihimpit kontroversi panas suatu ketika dahulu, Izreen Azminda akui kini gigih menjual apam yang dihasilkan sendiri di rumah sebagai salah satu punca pendapatannya.

Advertisement

Menurutnya lagi, dia sudah lama mengusahakan perniagaan apam itu sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan yang lalu.

Namun, Izreen menyangkal spekulasi bahawa usaha yang dilakukan itu kini bukanlah disebabkan dia berada dalam situasi terdesak kerana tiada tawaran untuk berlakon.

“Saya memang dah kaya (bergurau). Bukan begitu. Apa salahnya ada bisnes sendiri sikit-sikit. Saya reti buat apam, jadi saya teruskan sahajalah. Kalau saya jual apam pun, saya tak kacau duit orang. Saya dah tak takut dengan apa orang nak kata saya ni jual apam sebab tak ada job, bila duit hari-hari masuk, jadi seronok pula,”

Ujarnya lagi, dia kini menerima tempahan membuat apam sehingga 400 biji sehari. Malah, Izreen kini sudah ada pekerja untuk membantu dirinya menguruskan perniagaan dari rumah itu.

Menceritakan bagaimana terhasilnya idea untuk mengusahakan perniagaan menjual apam, dia menjelaskan semuanya bermula setelah menerima respon positif daripada ahli keluarganya.

View this post on Instagram

Haaaaa baru la complete!!! Tp sayang.. Mama takdak geng sailormoon.. Semua boboboi ??? @udewahid

A post shared by I.Z.R.E.E.N A.Z.M.I.N.D.A (@izreen.azminda) on

“Asalnya, bila saya buat apam, suami kata sedap, mak mentua kata sedap, jadi saya teruskan. Belajar buat sendiri saja, ambil idea daripada kawan-kawan, lepas tu saya praktik sendiri. Jadi setiap hari rutin saya bangun pagi buat apa. Walaupun penat tapi seronok sebab kerja di rumah boleh tengok anak-anak depan mata,”

Pelakon berbakat ini turut mendedahkan dia boleh memperoleh untung jualan hampir RM1,000 sehari hasil perniagaannya itu. Dia turut mengakui terpaksa menolak banyak tawaran berlakon kerana terikat dengan komitmen sebagai ibu dan isteri di rumah dan kini, sebagai pengusaha apam berjaya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...